Search This Blog

Pages

December 20, 2012

Cintakan dunia dan takutkan mati.”

Daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segenap penjuru, sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”

Nabi menjawab, “Tidak, bahkan pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di laut. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah campakkan ke dalam hati kamu al-Wahn.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”

Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...



~~~
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,
lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

November 22, 2012

Kewajipan Suami Memberi Nafkah



Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”
Riwayat Ibn Majah
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

Kewajipan Suami Memberi Nafkah



Hadith:
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”
Riwayat Ibn Majah
Pengajaran hadis:
i) Allah S.W.T mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada pasangan suami isteri. Ia merupakan ibadat yang mesti ditunaikan oleh pasangan.
ii) Si suami wajib memberi nafkah kepada keluarga yang mengikut kemampuannya. Dalam erti kata yang lain, berdosalah bagi suami yang menahan nafkah ke atas orang-orang yang di bawah tanggungannya.
iii) Nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir. Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: i) perbelanjaan keluarga ii) makan minum dan pakaian iii) tempat tinggal iv) keselamatan dan perlindungan.
iv) Dalam masyarakat hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.
v) Selaku umat islam kita hendaklah mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w ke arah menjadikan keluarga sebagai syurga dunia. Untuk itu perjalanan hidup berumah tangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

"sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang."

Sayyidatina Aishah r.a pernah berpesan:

"sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang."

Jangan kau berasa bangga dengan kecantikanmu sehingga dikejar jutaan lelaki. Jika kau berbangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak dan dimiliki oleh sesiapa sahaja. Muliakanlah dirimu dengan IMAN & TAQWA sebanding mutiara zabarjad yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga..

November 20, 2012

Cara utk mndpt pahala Haji dn Umrah SETIAP HARI

Bagi mereka yang
mengerjakan solat Subuh
secara berjemaah lalu
tetap berada dalam
masjid dengan berzikir
kepada Allah dan
mengerjakan solat
Dhuha pada awal
terbitnya matahari maka
dia mendapat pahala
seperti mengerjakan haji
dan umrah. Daripada
Anas radhiallahu’ anh,
dia berkata: Rasulullah
shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:

Barangsiapa
mengerjakan solat Subuh
secara berjemaah lalu
sesudah itu dia tetap
duduk (di masjid) untuk
berzikir kepada Allah
sehingga matahari terbit
(dan meninggi),
kemudian solat (Dhuha)
dua rakaat maka dia
akan mendapat pahala
sebagaimana pahala haji
dan umrah. Dia berkata
(Anas), Rasulullah
bersabda: YANG SEMPURNA, YANG SEMPURNA
, YANG SEMPURNA. – Hadis
riwayat Imam al-Tirmidzi
dalam Sunannya, Kitab
al-Jumu’ah, no: 535.

Subhanallah

November 3, 2012

Kelebihan baca Al-Quran



Dari Aisyah r.ha : Nabi saw bersabda.. "Orang yang MAHIR DALAM AL-QURAN akan bersama dengan PARA MALAIKAT YANG MULIA LAGI BENAR.. Orang yang MERANGKAK RANGKAK DALAM MEMBACA AL-QURAN dan dia bersusah payah mempelajarinya, untuknya PAHALA DUA KALI GANDA.." 

- Sahih Abu Daud -

Apabila hambaKu telah mencapai usia 40 tahun, Aku akan jauhkan dia dari 3 macam bencana

Bismillah...Dalam sebuah Hadis Qudsi, Usman bin Affan berkata, Nabi saw bersabda, Allah berfirman, maksudnya:

‘Apabila hambaKu telah mencapai usia 40 tahun, Aku akan jauhkan dia dari 3 macam bencana, iaitu; gila, kusta dan sopak. Dan apabila dia mencapai usia 50 tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia 60 tahun, Aku akan dorongkannya supaya suka bertaub
at. Dan apabila dia mencapai usia 70 tahun, Aku akan jadikannya dicintai oleh para Malaikat. Dan apabila dia mencapai usia 80 tahun, Aku akan catitkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia mencapai usia 90 tahun, akan berkatalah para Malaikat: Orang ini sebagai tawanan Allah di buminya, maka diampunkanlah segala dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan. Dan apabila dia mencapai usia terlalu tua, Allah mencatitkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sihat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatitkan atasnya lagi.’ Riwayat Tarmizi (Hadis Qudsi, Syed Ahmad Semait, ms 45)

October 27, 2012

Sedekahlah walau hanya sesuap

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya sedekah seseorang walau hanya sesuap, akan dikembang biakkan olehNya seperti gunung, maka bersedekahlah." (HR Bukhari Muslim)

October 3, 2012

Tiga golongan tidak bimbang dengan keadaan huru-hara yang paling besar dan mereka tidak kena hisab

"Tiga golongan (hari kiamat) tidak bimbang dengan keadaan huru-hara yang paling besar (ketika itu) dan mereka tidak kena hisab, malah mereka dekat dengan bau kasturi sehingga selesai urusan hisab semua makhluk : mereka ialah orang yang membaca al-Quran untuk mendapat keredaan Allah. Orang yang menjadi imam kepada kaumnya dan mereka reda kepadanya.Dan orang yang azan solat lima waktu tiap-tiap hari dan malam."
(Riwayat Ahmad)

October 2, 2012

Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan


Rasulullah SAW bersabda: 

“Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas, satu golongan menyembah Allah dengan ria’ dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. 

Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Maka dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.”

Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan.” Dia lalu dibawa ke neraka. 

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana ria’. “Dengan kemuliaan dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, aku beribadat kerana ria’.” 

Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaKu.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharapkan redhaMu.” 

Allah berfirman. “Benar hambaKu.” Diapun dihantar ke syurga. (HR. Thabrani)

September 8, 2012

Keistimewaan Hari Jumaat



Menurut Imam Sayuti antaranya,

Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul

Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.

Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.

Api neraka tidak menyala.

Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta'ala.

Bersabda Rasulullah s.a.w., "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian pergi ke masjid pada saat yang pertama maka pahalanya seumpama ia berkorban seekor unta. Sesiapa yang pergi ke masjid pada saat yang kedua, pahalanya seumpama ia berkorban seekor lembu. Sesiapa yang keluar pada saat ketiga, pahalanya seumpama ia berkorban seekor biri-biri yang bertanduk. Sesiapa yang keluar pada saat yang keempat, pahalanya seumpama ia berkorban seekor ayam betina. Sesiapa yang keluar pada saat kelima, pahalanya seumpama ia bersedekah sebiji telur. Apabila imam telah keluar untuk membaca khutbah dan para malaikat pun hadir sama untuk mendengarnya."

August 5, 2012

PERIHAL ZALIM MENZALIMI


Hadith riwayat Ibnu Umar ra, ia berkata:
Rasulullah Saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya kezaliman itu akan mendatangkan kegelapan-kegelapan pada hari kiamat kelak."
(Hadith Sahih Riwayat Muslim)

Hadith riwayat Abu Musa ra., ia berkata:
Rasulullah Saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan mengulur-ulur waktu bagi orang yang zalim. Tetapi ketika Allah akan menyiksanya, maka Dia tidak akan melepaskannya. Kemudian baginda membaca firman Allah maksudnya : "Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras."
(Hadith Sahih Riwayat Muslim)

PENGERTIANNYA
- Berdasarkan hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa Amal Sholeh yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk Syurga.
- Dari itu kita perlulah membuat Persiapan didunia ini dengan mengerjakan Amalan-Amalan Sholeh dengan Hati yang Ikhlas semata-mata kerana Allah Swt dan tinggalkan Segala Perbuatan Dosa dan Menyakiti orang lain.
- Dan Sebelum melakukan sesuatu tindakkan perlulah BERFIKIR terlebih dahulu, janganlah mengikut HAWA NAFSU AMARAH dan mengikut Godaan Syaitan hingga membawa Penyesalan dikemudian hari.
- Hanya melalui Proses Tarbiah Imaniah yang berterusan sahaja akan dapat memandu kita di jalan yang lurus dan di Redai Allah Swt.

August 1, 2012

Umat islambberpecah belah menjadi 73 golongan

Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, “Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah). 

H.R Ibnu Majah

July 30, 2012

Syaitan keluar di waktu Senjakala


Dari Jabir r.a katanya:”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.”
(Muslim)

1. Waktu senja adalah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul tujuh malam) iaitu ketika hari hampir akan malam.

2. Waktu begini adalah saat di mana seseorang itu sepatutnya bersedia untuk menguruskan keperluan diri termasuklah bersiap sedia untuk ke masjid dan menunaikan solat maghrib. Maka adalah tidak wajar pada ketika tersebut anak-anak masih dibiarkan bermain-main di luar rumah memandangkan bahawa di saat inilah syaitan keluar untuk mengganggu manusia dan dibimbangi jika berlaku rasukan syaitan dan sebagainya.

Ramadhan datang, setan-setan dibelenggu



عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ ».

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Ketika Ramadhan datang maka dibukalah pintu-pintu surga, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dirantailah syetan-syetan. (Hadits Riwayat Al-Bukhari nomor 1899, dn Muslim nomor 1079).

Syekh Abdul Aziz Alu Syaikh sebagaimana dalam muqaddimah Majalah Al-Buhuts Al-Islamiyah nomor 61 khusus Ramadhan dan terdapat dalam sebagian riwayat , tentang “pembatasan belenggu dan pengikatan (hanya) terhadap marodatus syayathien (syetan-syetan yang kuat durhakanya)”. Maka berbeda-beda pendapat para ulama dalam penjelasan dan keterangannya.

* Di antara mereka ada yang berkata: Sesungguhnya diikatnya syetan itu khusus marodatus syayathien (syetan yang durhakanya kuat) bukan yang lainnya, untuk mengurangi kejahatan di bulan (Ramadhan) ini.

* Sebagian ulama berkata: keutamaan ini hanyalah diperoleh oleh orang-orang yang puasanya dijaga syarat-syaratnya dan dijaga adab-adabnya…

* Ulama yang lain berkata, dan yang ini lebih dekat pada kebenaran insya Allah: bahwa diikatnya syetan-syetan itu adalah sebenarnya, dan tidak mesti dari diikatnya seluruh syetan-syetan akan tidak terjadi kejahatan dan maksiat; karena hal itu ada pula sebab-sebab dari selain syetan, seperti hawa nafsu yang jahat dan kebiasaan-kebiasaan yang buruk, dan syetan-syetan (dari jenis) manusia; maka maksud dari itu adalah bagaimanapun sesungguhnya bulan (Ramadhan) ini adalah kesempatan bagi orang yang diberi pertolongan oleh Allah dan dibuka hatinya untuk menerima ketaatan kepada-Nya, dan menjauhi dari maksiat-maksiat karena banyaknya sebab-sebab dan factor-faktor yang mendorongnya (untuk taat kepada Allah dan menjauhi maksiat)…

Dan keutamaan-keutamaan ini … yaitu bahwa Allah pada bulan ini membebaskan dari neraka dan hal itu setiap malam. Dan dapat diambil faedah dari hadits ini dengan bertambahnya keutaman yang lain…

معنى صفدت الشياطين

قال النبي صلى الله عليه وسلم: “ إذا دخل رمضان فتحت أبواب الجنة وغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين “ 

قال الشيخ عبد العزيز آل الشيخ كما جاء في مقدمة مجلة البحوث الاسلامية العدد 61 الخاص برمضان وفي بعض الروايات: “ تقييد التصفيد والغل بمردة الشياطين ” ؛ فاختلفت أنظار العلماء في شرحه وبيانه فمنهم من قال : إن التصفيد خاص بمردة الشياطين دون غيرهم تقليلا للشر في هذا الشهر ، وقال بعضهم: إن هذا الفضل إنما يحصل للصائمين الصوم الذي حوفظ على شروطه ، وروعيت آدابه .. وقال آخرون – وهو الأقرب إلى الصواب بإذن الله -: إن تصفيد الشياطين على حقيقته ، ولا يلزم من تصفيد جميع الشياطين أن لا يقع شر ولا معصية ؛ لأن لذلك أسبابا غير الشياطين ، كالنفوس الخبيثة والعادات القبيحة ، والشياطين الإنسية ، فالمقصود أنه وبكل حال فإن هذا الشهر فرصة لمن وفقه الله وفتح على قلبه للإقبال على طاعته ، والبعد عن معاصيه لتوفر أسباب ذلك ودواعيه ..

ويستفاد من هذا الحديث بزياداته فضيلة أخرى ، وهي أن لله في هذا الشهر عتقاء من النار وذلك كل ليلة .. وفضائل هذا الشهر الكريم كثيرة عظيمة ذكرنا فيما مضى طرفا منها .. 

http://www.alrisalaah.com/vb/showthread.php?t=25899

***

Makna Syetan-Syetan Dibelenggu di Bulan Ramadhan

Soal:

Apa yang Syaikh katakan mengenai dibelenggunya syetan-syetan di Bulan Ramadhan?

Jawab:

Alhamdulillahi Rabiil ‘alamien.

Dalam hadits shahih diriwayatkan:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ ».

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Ketika Ramadhan datang maka dibukalah pintu-pintu surga, dan ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dirantailah syetan-syetan. (Hadits Riwayat Al-Bukhari nomor 1899, dn Muslim nomor 1079).

Para ulama telah berbeda pendapat mengenai makna syetan-syetan dibelenggu di Bulan Ramadhan atas beberapa pendapat:

Al-Hafidh Ibnu Hajar menukil dari Al-Hulaimi: “ Itu mengandung makna bahwa yang dimaksud adalah syetan-syetan itu tidak mulus dalam memfitnah Muslimin sebagaimana mulusnya pada bulan lainnya karena kesibukan Muslimin dengan shiyam yang di dalamnya terkekanglah syahwat, dan mereka sibuk dengan membaca Al-Qur’an, dan dzikir.

Ulama lainnya –selain Al-Hulaimi—berkata, yang dimaksud dengan syetan-syetan (dibelenggu) itu adalah sebagian syetan, yaitu yang durhaka kelewat batas di antara mereka… sabdanya صُفِّدَتْ artinya diikat kencang dengan belenggu-belenggu yaitu ranta-rantai, artinya rangkaian rantai…

‘Iyadh berkata, itu mengandung makna bahwa hadits itu berdasarkan lahiriyahnya dan makna sebenarnya, itu semua adalah pertanda bagi malaikat karena masuknya Bulan Ramadhan itu, dan pengagungan kemuliaannya, dan karena tercegahnya syetan-syetan dari mengganggu Mukminin. Dan mengandung makna pula bahwa itu menjadi isyarat kepada banyaknya pahala dan ampunan, sedang syetan-syetan sedikit penyesatannya, maka jadilah mereka bagai dibelenggu. Dia berkata, makna yang kedua ini didukung sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam riwayat Yunus dari Ibnu Syihab menurut Muslim: فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ pintu-pintu rahmat dibuka.

Dia berkata, hadits itu mengandung makna bahwa syetan-syetan dibelenggu itu adalah ungkapan tentang lemahnya mereka dari menyesatkan dan menghiasi syahwat. Az-zain bin Al-Munir berkata, makna yang pertama (makna sebenarnya) itu lebih lurus dan tidak ada keterdesakan yang mendorong untuk mengalihkan lafal dari lahiriyahnya. (Fat-hul Bari, 4/ 114).

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah Ta’ala ditanya tentang sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam (وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ ) dan syetan-syetan dibelenggu (ketika datang Ramadhan), tapi di samping itu kami lihat manusia sama bergulat pada siang Ramadhan, maka bagaimana syaithan-syaithan dibelenggu tetapi sebagian manusia bergulat?

Syaikh Ibnu ‘Utsaiman menjawab:

Dalam sebagian riwayat hadits (وَتُصَفَّدُ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ ) pada bulan Ramadhan dibelenggulah syetan-syetan yang durhaka kelewat batas atau dirantai, ini menurut An-Nasaai. Hadits seperti ini termasuk perkara yang ghaib yang sikap kita terhadapnya adalah taslim (berserah diri) dan tashdiq (membenarkan), dan hendaknya kita tidak berbicara apa yang di balik itu. Karena ini lebih selamat bagi agama seseorang dan lebih baik akibatnya. Oleh karena itu ketika Abdullah bin Imam Ahmad berkata kepada ayahnya yakni Ahmad bin Hanbal: bahwa manusia bergulat di bulan Ramadhan; maka Imam Ahmad berkata: demikianlah dalam hadits (syetan –syetan dibelenggu) dan jangan kau berbicara mengenai ini.

Kemudian sesungguhnya yang lahiriyah syetan-syetan terbelenggu dari menyesatkan manusia, dengan bukti banyaknya kebaikan dan kembali kepada Allah pada Bulan Ramadhan. Selesai perkataan Syaikh Ibnu ‘Utsaimin. (Majmu Al-Fatawa 20 oleh Syaikh Ibnu ‘Utsaimin).

Atas dasar ini maka dibelenggunya syetan-syetan itu adalah dibelenggu secara makna sebenarnya (hakiki), Allahu a’lam dengannya, dan tidak harus karena itu maka tidak terdapat kejahatan-kejahatan dan kemaksiatan-kemaksiatan di antara para manusia. Wallahu a’lam. (Fatwa al-Islam Soal dan Jawab, dengan bimbingan Syaikh Shalih Al-Munajid, sumber www.islam-qa.com, kemudian www.ahlalhdeeth.com)

***

فتاوى الإسلام سؤال وجواب – (ج 1 / ص 4010)

سؤال رقم 39736- معنى تصفيد الشياطين في رمضان

ماذا تقولون في تصفيد الشياطين في رمضان ؟ .

الحمد لله

روى البخاري ( 1899 ) ومسلم ( 1079 ) ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ ، وَغُلِّقَتْ

أَبْوَابُ النَّارِ ، وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ ).

وقد اختلف العلماء في معنى تصفيد الشياطين في رمضان على أقوال .

قال الحافظ ابن حجر نقلا عن الحليمي : ” يحتمل أن يكون المراد أن الشياطين لا يخلصون من افتتان المسلمين إلى ما يخلصون إليه في غيره لاشتغالهم بالصيام الذي فيه قمع الشهوات وبقراءة القرآن والذكر ، وقال غيره – أي غير الحليمي- المراد بالشياطين بعضهم وهم المردة منهم …. وقوله صفدت … أي شدت بالأصفاد وهي الأغلال وهو بمعنى سلسلت …. قال عياض يحتمل أنه على ظاهره وحقيقته وأن ذلك كله علامة للملائكة لدخول الشهر وتعظيم حرمته ولمنع الشياطين من أذى المؤمنين ، ويحتمل أن يكون إشارة إلى كثرة الثواب والعفو وأن الشياطين يقل اغواؤهم فيصيرون كالمصفدين ، قال ويؤيد هذا الاحتمال الثاني قوله في رواية يونس عن بن شهاب عند مسلم فتحت أبواب الرحمة ،

قال ويحتمل أن يكون …. تصفيد الشياطين عبارة عن تعجيزهم عن الإغواء وتزيين الشهوات . قال الزين بن المنير والأول أوجه ولا ضرورة تدعو إلى صرف اللفظ عن ظاهره ” فتح الباري 4/114

وسئل الشيخ ابن عثيمين رحمه الله تعالى عن قول النبي صلى الله

عليه وسلم ( وصفدت الشياطين ) ومع ذلك نرى أناسا يصرعون في نهار رمضان ، فكيف تصفد الشياطين وبعض الناس يصرعون ؟

فأجاب بقوله : ” في بعض روايات الحديث : ( تصفد فيه مردة الشياطين ) أو ( تغل ) وهي عند النسائي ، ومثل هذا الحديث من الأمور الغيبية التي موقفنا منها التسليم والتصديق ، وأن لا نتكلم فيما وراء ذلك ، فإن هذا أسلم لدين المرء وأحسن عاقبة ، ولهذا لما قال عبد الله ابن الإمام أحمد بن حنبل لأبيه : إن الإنسان يصرع في رمضان . قال الإمام : هكذا الحديث ولا تكلم في هذا .

ثم إن الظاهر تصفيدهم عن إغواء الناس ، بدليل كثرة الخير والإنابة إلى الله تعالى في رمضان . ” انتهى كلامه [ مجموع الفتاوى 20 ]

وعلى هذا فتصفيد الشياطين تصفيد حقيقي الله أعلم به ، ولا يلزم

منه ألا يحصل شرور أو معاصي بين الناس .

والله أعلم .

الكتاب : فتاوى الإسلام سؤال وجواب

بإشراف : الشيخ محمد صالح المنجد

المصدر : www.islam-qa.com

ثم ملتقى أهل الحديث www.ahlalhdeeth.com

قام بجمعها : أبو يوسف القحطاني عفا الله عنه وعن والديه

وقام بفهرستها : أبو عمر عفا الله عنه وعن والديه.

Judul awal: Makna Hadits Shufidatis Syayathien

(nahimunkar.com)

sumber: http://nahimunkar.com/16494/hadits-tentang-ramadhan-datang-setan-setan-dibelenggu

July 28, 2012

SUJUD SAJDAH (TILAWAH)


Ramli Joned

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda: ”APABILA ANAK ADAM MEMBACA AYAT SAJDAH, LALU DIA SUJUD; MAKA SYAITAN JATUH SAMBIL MENANGIS... KATANYA, “CELAKA AKU! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga... Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.” ..(HR al-Bukhari dan Muslim)...

KETERANGAN HADIS:

1. TILAWAH ertinya bacaan.. Maka sujud tilawah ertinya adalah sujud bacaan... Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat iaitu apabila dibaca ayat tersebut, kita disunatkan bersujud... Ayat inilah disebut AYAT SAJDAH dan sujudnya disebut SUJUD TILAWAH... 

2. Sujud tilawah disunatkan tidak hanya pada waktu solat tetapi juga di luar solat... Namun dalam solat berjamaah, sekiranya imam tidak melakukannya, maka makmumnya juga tidak perlu bersujud ..... untuk melakukannya, seseorang itu mestilah dalam keadaan suci dan berada di tempat yang suci, sama seperti mahu mengerjakan solat...

3. Ayat-ayat sajdah itu ialah surah as-Sajdah:15, al-A'raaf: 206, ar-Ra'd: 15, an-Nahl: 49, al-Israa': 107, Maryam: 58, al-Haj: 18, al-Furqaan: 60, an-Naml: 25, Fussilat: 38, al-'Alaq:19, an-Najm: 62, Insyiqaaq: 21, Saad: 24...

4. Cara melakukan sujud sajdah DI LUAR SOLAT menurut mazhab Syafi’e, ialah dengan mengangkat tangan sambil bertakbir dan terus sujud dan membaca sepotong ayat ketika sujud yang maksudnya: “AKU BERSUJUD DENGAN WAJAHKU, KEPADA DZAT YANG TELAH MERUPAKAN DAN MENCIPTAKANNYA, DAN MENCIPTAKAN PENDENGARAN DAN PENGLIHATANNYA DENGAN KEKUATAN-NYA... MAHA MEMBERKATI ALLAH, SEBAIK-BAIK PENCIPTA"... Kemudian kembali duduk dan memberi salam...

5. Manakala ketika DI DALAM SOLAT pula, cara melakukan sujud sajdah ialah sebaik sahaja membaca ayat sajdah, hendaklah terus bersujud dan membaca bacaan seperti di atas (di dalam sujud)... Setelah itu berdiri semula meneruskan bacaan seterusnya..

July 27, 2012

syurga ‘Ad

Rasulullah S.A.W bersabda: 

“Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”

(Hadis Riwayat Ibnu Mas’ud R.A)

Sabda Rasulullah SAW , “Sekiranya salah seorang bidadari surga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

(HR. Bukhari dan Muslim) 

July 25, 2012

MADINAH...



Berikut adalah antara hadis-hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan Madinah:

“Sesungguhnya (Nabi) Ibrahim telah ‘mengharamkan’ Mekah dan berdoa untuknya, dan aku ‘mengharamkan’ Madinah sebagaimana Ibrahim mengharamkan Mekah, dan aku berdoa untuk cupak dan gantangnya sebagaimana Ibrahim berdoa untuk Mekah.” (Bukhari & Muslim)

“Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah melakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah.” (Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah)

“Sesiapa yang memasuki masjid kami (masjid Nabi) ini untuk mempelajari satu kebaikan ataupun mengajarnya, adalah seumpama mujahid pada jalan Allah...” (Ahmad, Ibnu Majah)

“Di setiap pintu masuk Madinah ada malaikat yang mengawasi wabak taun dan Dajjal daripada menyerang Madinah.” (Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya.” (Bukhari & Muslim)

“Bersembahyang di masjidku ini seribu kali lebih afdhal daripada yang lain-lain kecuali di Masjidil Haram.” (Bukhari & Muslim)

“Tidak digalakkan bermusafir melainkan ke tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini.” (Bukhari & Muslim)

“Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga, dan mimbarku terletak di atas kolamku (di syurga).” (Bukhari & Muslim)

“Sesiapa yang memakan tuju biji tamar ‘ajwah (tamar Madinah) pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudaratkannya.” (Bukhari & Muslim)

“Sesiapa yang makan tujuh biji tamar yang tumbuh di antara dua tanah hitam (sempadan Haram Madinah) pada waktu pagi, dia tidak akan terkena racun hingga ke petang.” (Muslim)

(Rujukan: 'Mengenali Madinah Munawwarah Menerusi Kesan-kesan Sejarah', susunan Abdul Basit Abdul Rahman)

KELEBIHAN SOLAT SUBUH



RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

July 24, 2012

Seorang lelaki telah dihumban ke Neraka pada Hari Kiamat, terkeluar ususnya dan dia berputar dalam Neraka seperti seekor keldai berputar mengelilingi pengisar gandum dalam kandang.


Seorang lelaki telah dihumban ke Neraka pada Hari Kiamat, terkeluar ususnya dan dia berputar dalam Neraka seperti seekor keldai berputar mengelilingi pengisar gandum dalam kandang.

Ahli Neraka mengerumuninya dan mereka bertanya: Hai kamu! Apa yang telah terjadi kepadamu? Bukankah kamu dahulu menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menegah manusia daripada melakukan perkara mungkar?

Dia menjawab: Memang benar. Aku telah menyuruh orang melakukan kebaikan tetapi aku (sendiri) meninggalkannya dan aku menegah manusia dari melakukan perkara mungkar sedangkan aku melakukannya.

- (H.R. Muslim)
 

July 18, 2012

Setiap umatku akan memperolehi keampunan kecuali orang yang terang-terangan membuat dosa

Dari Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda : ”Setiap umatku akan memperolehi keampunan kecuali orang yang terang-terangan membuat dosa. Di antara orang yang terang-terangan berbuat dosa ialah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa kemudian pada pagi harinya ia menceritakannya, pada hal Allah telah menutup perbuatannya itu, di mana ia bercerita : 'Ya Fulan, malam tadi aku berbuat begini dan begitu.' Sebenarnya pada waktu malam, Tuhannya telah menutup perbuatannya itu tetapi pagi harinya ia membuka sendiri perbuatannya yang telah ditutup Allah itu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur ?

Dari Aisyah ra bahawa Nabi saw selalu solat malam(Qiamul-lail)sehingga kedua kakinya bengkak.Lalu aku(Aisyah)bertanya kepada baginda :Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah,padahal Allah telah mengampuni dosamu yang lalu atau yang akan datang ?..Lantas Nabi saw menjawab :Tidakkah aku suka menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur ?

Puasa dan al-quraan memberi syafaat kepada yang berpuasa di hari kiamat,puasa berkata:Wahai Raabku,aku menghalangi dari m

Rasulullah saw bersabda:Puasa dan al-quraan memberi syafaat kepada yang berpuasa di hari kiamat,puasa berkata:Wahai Raabku,aku menghalangi dari makan dan syahwat, berilah dia syafaat keranaku.AL-Quraan berkata:Aku menghalangii dari tidur malam,berilah syfaatku.Rasulullah saw bersabda:Keduanya memberi syafaat.