Search This Blog

Pages

December 20, 2012

Cintakan dunia dan takutkan mati.”

Daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segenap penjuru, sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”

Nabi menjawab, “Tidak, bahkan pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di laut. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah campakkan ke dalam hati kamu al-Wahn.”

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”

Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN...



~~~
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan,
lalu dia bersabar dengan kerenah,
kesusahan dan kesenangan mereka,
nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”

Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”

Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”

Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)

Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan,
lalu dia berbuat baik kepada mereka,
melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)