Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SELASA 23 DISEMBER 2014:
SIFAT AHLI SYURGA
SANTAPAN ROHANI - PAGI SELASA 23 DISEMBER 2014:
SIFAT AHLI SYURGA
SEWAKTU BERADA DI DALAM MASJID, Rasulullah SAW bersabda kepada sahabat, "SEBENTAR LAGI, SEORANG PENGHUNI SYURGA AKAN MASUK."... Mendengar itu, semua mata tertumpu ke pintu masjid... Dalam fikiran para sahabat, terbayang watak orang yang luar biasa, yang hebat, dan punya nama yang besar... TIBA-TIBA MASUKLAH SEORANG LELAKI BIASA, YANG MUKANYA MASIH BASAH DENGAN AIR WUDUK.... Ia bukan orang terkenal.... Dia ialah ABU UMAMAH IBNU JARRAH r.a.... Keesokan harinya, peristiwa serupa berulang, demikian pula hari ketiga... Para sahabat merasa hairan, amalan apa yang dilakukan, hingga Rasulullah SAW menyebutnya CALON PENGHUNI SYURGA...
Sahabat ABDULLAH BIN AMR BIN 'ASH r.a, meminta izin kepada Abu Umamah untuk menginap tiga hari di rumahnya, untuk memperhatikan cara amalannya.... Namun tidak ada satu pun yang istimewa.... Ibadatnya pun biasa saja.... Pasti ada sesuatu yang disembunyikan.... Lalu Abdullah pun bertanya: “AMAL APAKAH YANG ENGKAU LAKUKAN, SEHINGGA RASULULLAH SAW MEMANGGILMU CALON PENGHUNI SYURGA? “... Jawab Abu Umamah: "Apa yang engkau lihat, itulah."... Abdullah rasa kecewa dengan jawapan itu... Ketika dia hendak pergi, tiba-tiba ABU UMAMAH berkata: "Wahai saudaraku, sesungguhnya AKU TIDAK PERNAH IRI HATI DAN DENGKI terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain.... SEBELUM TIDUR, aku selalu BERSIHKAN HATI daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam."....
KEBERSIHAN HATI ADALAH KUNCI UNTUK MEMBUKA PINTU SYURGA... Sekecil mana pun amalan, tetap akan dapat memasukkan orang ke syurga, asalkan ia memiliki hati bersih... Sebaliknya, sebanyak mana pun amalan, tidak akan bererti sama sekali apabila kita memiliki hati penuh penyakit...
ABU UMAMAH LAYAK DICONTOHI... IA BUKAN SAHABAT TERKENAL SEPERTI ABU BAKAR AS-SIDDIQ, UMAR BIN KHATTAB, USMAN BIN 'AFFAN ATAU ALI BIN ABI TALIB.... Ibadatnya tidak tersohor seperti Abu Darda', Abdul Rahman bin 'Auf, Salman al-Farisi, juga beberapa sahabat lainnya.... Namun darjatnya di mata Allah dan Rasul-Nya demikian tinggi, hingga Rasulullah SAW menyatakan ia sebagai calon penghuni syurga kerana HATINYA BERSIH daripada penyakit, kebencian, HASAD DENGKI, BURUK SANGKA dan dendam... Wallahu a'lam......