Search This Blog

Pages

December 1, 2011

Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada golonganku

 Rasulullah pernah berjalan melintasi (sebuah kedai yang menjual) makanan. Maka baginda memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut, ternyata jari-jarinya terasa sesuatu yang basah (makanan yang sudah rosak). Maka baginda bertanya: “Apakah ini wahai pemilik makanan?” Dia menjawab: “Ia telah basah kerana terkena air hujan ya Rasulullah!” Rasulullah membalas: “Mengapa kamu tidak meletaknya di bahagian atas makanan supaya boleh dilihat oleh orang ramai (dan mereka mengetahui ia sudah rosak)? Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada golonganku.” [Shahih Muslim, no: 102]

Berpuasa pada hari ‘Asyura

  Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)