Search This Blog

Pages

May 12, 2013

Empat perkara yang membawa kebahagiaan

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya::Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa... :)

Riwayat Ibnu Hibban

berpakaian tetapi telanjang


Zaharuddin.net
Hadith Nabi: Golongan dari ahli neraka yang belum pernah aku lihat, yakni perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang (nipis, ketat, seksi), yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, kepala mereka SEPERTI BONGGOL UNTA. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian. (Riwayat Muslim)

Imam Al-Nawawi hurai erti tinggi macam bonggol unta sebagai
( أن يكبرها ويعظمها بلف عمامة) Ertinya : diperbesarkan ikatan rambut atau hijabnya dengan ikatan hijab atau seperti kain selendangnya.

Imam Al-Mazari pula menyebut tujuan dibesarkan itu sebagai ( يطمحن إلى الرجال ولا يغضضن عنهم) Ertinya: Kerana INGINKAN perhatian LELAKI dan tidak menundukkan pandangan dari mereka.

Justeru, kalau rambut panjang, ikat dengan baik dan jangan sengaja meninggikan sehingga kelihatan luar biasa, atau lebih tinggi dari paras kepala atau separas kepala seperti belakang unta WALAU DIDALAM TUDUNG.

GAMBAR : kreativi 'karut' yang berjaya men'senyumkan' saya.