Search This Blog

Pages

January 28, 2010

Solat 5 kali sehari menghapus dosa

Sabda Rasulullah saw;

" Bahawasanya apabila seorang islam mengambil wudhuk dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat 5 kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun yang gugur. "

Orang yang solat dosa gugur seperti daun kering.

Sabda Rasulullah saw;

" Apabila seorang islam menunaikan solatnya kerana Allah,dosanya gugur seperti daun-daun gugur dari pohon."

Sebaik-baik perintah yang diperintah Allah adalah solat

Sabda Rasulullah saw;

" Solat adalah sebaik-baik perintah yang diperintahkan oleh Allah. "

Solat amalan yang paling diredhai Allah

Sabda Rasulullah saw;

" Amalan manusia yang paling di redhai Allah;
1. Solat
2. Menghormati kedua ibu bapa,
3. Jihad."

Islam tegak atas 5 rukun

Sabda Rasulullah saw;

" Islam tertegak atas 5 rukun;
1. Bersaksi bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hambanya serta rasulnya,
2. mendirikan solat,
3. membayar zakat,
4. mengerjakan haji,
5. berpuasa dibulan ramadan. "

Solat yang baik dengan ringankan beban & kurangkan makan

Sabda Rasulullah saw;

" Untuk solat (yang baik) ringankanlah belakang dan perutmu."

Belakang seseorang itu dikatakan ringan apabila dia mempunyai beban yang paling sedikit dan perutnya dikatakan ringan apabila dia makan sedikit sahaja untuk menjauhi kemalasan yang sudah tentu hasil dari kebuluran.