Search This Blog

Pages

December 25, 2014

KEHINAAN BAGI ANAK YANG TIDAK BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA

Bismillaa hir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI KHAMIS 2014:
KEHINAAN BAGI ANAK YANG TIDAK BERBUAT BAIK KEPADA IBUBAPA
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
“SUNGGUH HINA, SUNGGUH HINA, SUNGGUH HINA!”.. Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak dapat memasuki syurga..”….(HR Muslim)…
Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya CABARAN UNTUK BERBUAT BAIK KEPADA MEREKA MENJADI LEBIH TINGGI…. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan SIFAT YANG LEBIH CEREWET, CELOTEH YANG PELBAGAI, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang…
MAKA JIKA KITA DAPAT BERSABAR dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya MEMUDAHKAN LAGI LALUAN KITA KE SYURGA… Manakala JIKA KITA TIDAK DAPAT BERSABAR, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga….
BERDASARKAN hadith di atas, boleh lah kita umpamakan IBUBAPA YANG SUDAH TUA SEBAGAI PENJAGA PINTU SYURGA… Jika kita bersabar dan terus beristiqamah berbuat baik kepada ibubapa, maka MEREKA AKAN MEMBUKA PINTU SYURGA kepada kita…. Sebaliknya jika kita hilang sabar dan tidak berbuat baik kepada ibubapa, maka MEREKA AKAN MENUTUP PINTU SYURGA tersebut daripada kita….
Firman Allah SWT maksudnya : “DAN RENDAHKANLAH DIRIMU TERHADAP IBU DAN BAPA KAMU dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'WAHAI TUHANKU, SAYANGILAH KEDUANYA sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil'.” (Surah al-Isra’ ayat 24)… Wallahu a'lam....
*GAMBAR HIASAN SAHAJA*.....