Search This Blog

Pages

July 8, 2012

Delima membersihkan anda daripada syaitan dan daripada ilham-ilham yag jahat selama 40 hari

Saidina Ali berkata bahawa cahaya Allah terletak dalam hati orang yang makan Delima.
Dikatakan juga barangsiapa memakan 3 biji buah Delima dalam setahun akan terhindar daripada sakit mata bagi tahun itu.
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Delima membersihkan anda daripada syaitan dan daripada ilham-ilham yag jahat selama 40 hari.”
 —

APAKAH HARTA PUSAKA PENINGGALAN RASULULLAH S.A.W.?


RASULULLAH S.A.W. TIDAK MENINGGALKAN kepada umatnya wang ringgit, gedung2 perniagaan, emas dan perak, tanah, ladang dan estet.... apakah yang ditinggalkan oleh Baginda s.a.w.?

"Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada satu hari, beliau berlalu di PASAR MADINAH, beliau telah berhenti di pasar, dan berseru kepada ahli-ahli pasar, dengan katanya: WAHAI AHLI-AHLI PASAR, apakah yang melemahkan kamu? Mereka berkata: Apakah maksudmu wahai Abu Hurairah? Beliau berkata: HARTA PUSAKA Baginda Rasulullah s.a.w sedang dibahagi-bahagi, sedangkan kamu masih berada di sini!... Tidakkah kamu ingin pergi mendapatkan bahagianmu? Mereka bertanya: Dimana dia? Jawab Abu Hurairah: Di mesjid....

Maka keluarlah orang ramai dengan segera ke mesjid... sedang Abu Hurairah tetap menunggu di situ, sehingga mereka kembali... Abu Hurairah bertanya: Apakah yang kamu dapati? Mereka menjawab: Kami telah pergi ke mesjid, dan masuk ke dalamnya... namun tiada suatu pun harta pusaka baginda yang dibahagi-bahagikan... Abu Hurairah bertanya: Tidakkah kamu nampak seseorang di dalamnya? Mereka menjawab: Ya, kami nampak sebahagian mereka sedang bersembahyang, sebahagiannya membaca Al Quran, dan sebahagian sedang membincangkan perkara halal dan haram... Maka Abu Hurairah berkata: Alangkah kecewanya kamu... BUKANKAH ITU HARTA PUSAKA peninggalan Nabi s.a.w.?".. (HR Thobrani)....

APAKAH KITA JUGA tidak ingin mendapatkan HARTA PUSAKA peninggalan Rasulullah s.a.w. yang sedang dibahagi2kan di mesjid-mesjid ditempat kita?.... Alangkah kecewa dan ruginya kita.....
Ramli Joned
 —