Search This Blog

Pages

February 20, 2010

Binatang Yang Boleh Dibunuh Ketika Sedang Ihram

Dari Zaid Ibnu Zubair r.a katanya ada seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar, katanya:”Binatang apakah yang boleh dibunuh ketika sedang ihram? Jawab Ibnu Umar:”Salah seorang isteri Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membunuh anjing gila, tikus, kala jengking, helang, gagak dan ular walau dalam solat sekalipun.”

(Muslim)

Solat Jama’ Di Muzdalifah

Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w menjama’kan solat Maghrib dan Isya’ dengan cara solat Maghrib tiga rakaat dan solat Isya’ dua rakaat dengan sekali qamat.”

(Muslim)

Solat Jenazah Di Dalam Masjid

Dari Abu Salamah bin Abdur Rahman r.a katanya:”Ketika Saad bin Abi Waqqas wafat, Aisyah berkata:”Bawalah jenazah itu ke adalam masjid supaya aku dapat mensolatkannya . Permintaan Aisyah itu diingkari oleh banyak orang. Lalu berkata Aisyah:”Demi Allah, Rasulullah s.a.w pernah solat jenazah dalam masjid untuk dua orang putera Baidha’ iaitu Suhail dan saudaranya.”

(Muslim)

Disiplin Dalam Solat

Dari Abu Hurairah r.a., katanya:”Bersabda Muhammad s.a.w.:” Tiadakah takut orang yang mendahului imam mengangkatkan kepala sebelum imam, bahwa Allah akan mengubah kepalanya menjadi keldai?”

(Muslim)

Berzikir Dengan Suara Nyaring

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Sesungguhnya zikir dengan suara nyaring setelah selesai solat wajib adalah biasa pada masa Rasulullah s.a.w. Berkata Ibnu Abbas:”Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat jika suara mereka membaca zikir telah kedengaran.”

(Muslim)

Cara Solat Rasulullah s.a.w

Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Apabila rasulullah s.a.w berdiri untuk rakaat kedua baginda terus membaca Fatihah tanpa diam terlebih dahulu sebentar.”

(Muslim)

Pergerakan Di Dalam Solat

Dari Mu’aiqib r.a katanya, nabi s.a.w pernah berkata tentang menyapu tempat sujud ketika solat untuk meratakan atau membersihkannya. Sabda baginda:”Jika memang diperlukan, boleh dilakukan sekali sahaja.”

(Muslim)