Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Ketika aku berjalan bersama Rasulullah s.a.w di sawah, baginda bertongkat kepada pelepah tamar. Tiba-tiba datang sekumpulan orang Yahudi, sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Tanyalah dia tentang roh! Sebahagian lagi menyahut: Adakah kamu takut terhadapnya? Dia tidak akan melakukan sesuatu yang tidak diingini terhadap kamu. Sebahagian daripada mereka tetap berkata: Tanyalah dia! Lalu sebahagian di antara mereka berjumpa Rasulullah s.a.w dan bertanya tentang roh. Nabi s.a.w diam tidak menjawab. Pada tanggapan aku ketika itu baginda sedang menerima wahyu. Abdullah berkata: Aku tetap berdiri di situ. Setelah selesai menerima wahyu, Rasulullah s.a.w menjawab dengan membaca ayat Al-Israa' 85 Yang bermaksud: (Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku dan kamu hanya diberi sedikit sahaja ilmu pengetahuan)