Search This Blog

Pages

January 27, 2010

Hati khusyu' seluruh badan tak bergerak

Sabda Rasulullah saw;

" Kalau hati orang yang solat itu penuh dengan khusyu' maka seluruh anggota badannya tidak akan bergerak."

Jangan berpura-pura dalam solat

Sabda Rasulullah saw;

" Berlindunglah dengan nama Allah swt dari 'ibadat yang pura-pura." Sahabat bertanya apakah itu ibadat pura-pura? Jawabnya, " Pura-pura khusyu' dengan nifaq bersembunyi didalam hati."
" Nifaq dalam solat ialah orang itu pada zahirnya khusyu' tetapi didalam hatinya kosong tidak ada apa-apa."

Diam tak bergerak salah satu yang dikehendaki dalam solat

Sabda Rasulullah saw;

" Apabila seseorang berdiri dalam bersolat dia hendaklah jaga badannya supaya jangan bergerak dan janganlah berkelakuan seperti orang yahudi kerana berdiam dengan tidak bergerak adalah salah satu yang dikehendaki dalam solat."

Allah tak peduli solat yang tak sempurna ruku' & sujudnya

Sabda rasulullah saw;

" Allah s.w.t tidak memperdulikan solat yang ruku'nya dan sujudnya tidak dilaksanakan dengan sempurna."

Pencuri paling buruk ialah mencuri dalam solat

Sabda Rasulullah saw;

" Pencuri yang sehabis buruk ialah dia yangmencuri dalam solatnya." Para sahabat r.a bertanya bagaimana boleh seseorang itu mencuri dalam solat. Dijawabnya bahawa manakala seseorang itu tidak ruku' dan sujud dengan sempurna.

Syaitan takut pada orang yang jaga solat

Sabda Rasulullah saw;

" Syaitan takut pada seorang muslim selagi dia menjaga solatnya tetapi dengan sekejap mata kalau dia mengabaikannya syaitan itupun datang kepadanya serta menyesatinya; selepas itu dia dengan mudahnya diperdaya supaya melakukan dosa-dosa yang besar lagi berat ".