Samurah Ibnu Jundub r.a berkata : “Saya bersolat di belakang nabi SAW untuk jenazah seorang perempuan yang meninggal kerana nifasnya. Maka nabi berdiri bertentangan pinggang jenazah tersebut.”
(al-Bukhari dan Muslim )
Mayat yang hendak disembahyangkan sekiranya lelaki, kepalanya diletakkan di sebelah kiri dan imam berdiri bertentangan dengan kepala jenazah manakala mayat perempuan pula kepalanya diletakkan di sebelah kanan dan imam berdiri bertentangan pinggangnya.