Ibnu Abbas r.a meriwayatkan katanya: “Sesungguhnya syaitan itu membisikkan kepada kawan-kawan mereka supaya membantah kamu. Sabda Nabi SAW : “Mereka berkata: “Binatang yang TIDAK disebutkan nama Allah, janganlah kamu memakannya dan binatang yang disebutkan nama Allah, maka hendaklah kamu memakannya.” Maka Allah berfirman : “Maka janganlah kamu makan binatang yang tidak disebutkan nama Allah. (al-Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud) |
April 1, 2010
Makanan Syaitan
Doa Ketika Masuk Dan Keluar Tandas
Anas bin Malik r.a berkata adalah nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas mengucapkan “Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina al-Bukhari Muslim |
eutamaan Membaca Surah Al-baqarah
K |
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.” Riwayat Muslim |
Curian Syaitan
Dari Aisyah r.a katanya:” Aku bertanya kepada Rasulullah SAW perihal menoleh atau berpaling di dalam solat.” Jawab baginda:”Hal itu adalah suatu kecurian yang dilakukan oleh syaitan terhadap solat seseorang.” (Bukhari) |
Sama Ada Jin Atau Syaitan
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.” (Muslim) |
aram Memakan Daging Keldai
H |
Dari Anas r.a katanya:”Tatkala Rasulullah s.a.w menakluk Khaibar, kami menangkap keldai di luar kota lalu kami memasaknya. Tiba-tiba datang pesuruh Rasulullah s.a.w berseru:” Perhatian! Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya melarang kamu semua memasak daging keldai kerana daging keldai itu najis (dan memasaknya) termasuk perbuatan syaitan.” Maka dibalikkan orang periuk sehingga isinya tumpah semuanya.” (Muslim) |
Hari Raya: Hari Untuk Bergembira
Dari Aisyah r.a katanya:”Abu Bakar datang ke rumahku, dan ketika itu di rumahku ada dua orang gadis Ansar sedang menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan orang dalam peperangan Bu’ats. Dan keduanya bukanlah gadis penyanyi yang sesungguhnya. Maka berkata Abu Bakar:”Kenapa sampai ada seruling syaitan di rumah Rasulullah s.a.w ?” Hari itu adalah hari’Id. Maka bersabda Rasulullah s.a.w:”Hai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya (‘Id) dan hari ini adalah hari raya kita.” (Muslim) |
Manusia Tidak Lepas Bebas Daripadanya!
Dari Aisyah r.a, isteri Rasulullah s.a.w, dia menceritakan bahawa pada suatu malam rasulullah s.a.w pergi dari rumahnya (dari rumah Aisyah). Kata Aisyah:’Kerana itu aku cemburu kepada beliau. Setelah beliau kembali, dia memperhatikan tingkahlaku ku dan baginda bertanya:”Mengapa engkau hai Aisyah, cemburukah?” jawabku:”Bagaimana wanita seperti aku tidak akan cemburu terhadap lelaki seperti anda? Tanya baginda:”Apakah syaitanmu telah datang pula menggodamu?” Jawab Aisyah:”Ya Rasulullah, apakah aku bersama syaitan?” Jawab baginda :”Ya!” Aku bertanya:”Aku sendiri juga?” Jawab baginda:”Ya! Tapi aku dilindungi Tuhanku sehingga aku selamat.” (Muslim) |
Menutup Mulut Apabila Menguap
Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya kerana syaitan dapat masuk.” (Muslim) |
Alamat Mimpi
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:”Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu). Mimpi itu ada tiga jenis:(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah, (2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, (3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang. Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain.” (Muslim) |
Larangan Bercakap Semasa Mengerjakan Solat
Daripada Muawiyah bin al-Hakim Assalmi r.a. katanya, “Pada suatu masa, aku sembahyang bersama Rasulullah SAW. Tiba tiba seorang dari jamaah bersin, aku pun mengucapkan “Yarhamukallah!” Semua ahli jamaah menjeling kepadaku, lalu aku berkata”Aduhai kesalnya aku! (didalam hati), Satu bencana akan menimpaku, kenapa kamu memandangku?” Semua ahli jamaah memukul peha dengan tangan mereka. Setelah itu barulah aku mengerti bahawa mereka menghendaki aku diam, aku pun diam”. Apabila Rasulullah SAW. selesai mengerjakan sembahyang, baginda tidak berkata apa-apa kepadaku. Demi bapa dan ibuku, tidak pernah aku berjumpa orang yang paling baik cara mengajarnya selain daripada Rasulullah. Demi Allah, baginda tidak memarahi, memukul dan mencelaku. Baginda hanya bersabda, “ Sesungguhnya semasa mengerjakan sembahyang tidak dibenarkan sedikitpun bercakap kerana sembahyang itu merupakan tasbih, takbir serta bacaan ayat-ayat al-Quran.” Riwayat Muslim |
Orang Mukmin Yang Kuat Lebih Dikasihi Allah
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ” Riwayat Muslim |
Kelebihan Bulan Ramadhan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.” Riwayat Bukhari & Muslim |
Menyegerakan Solat Subuh
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Segerakanlah solat subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang-orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” Riwayat Muslim |
Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” |
Mengekalkan Adab Yang Mulia
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah S.W.T sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah S.W.T, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan “(Yarhamukallah)”. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya.” Riwayat al-Bukhari |
Elakkan Berkata”kalau"
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” Riwayat Muslim |
Larangan berkhalwat
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.” (at-Tirmidzi) |
Menghidupkan malam
Dari Abdullah r.a katanya:”Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: “Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya.” (al-Bukhari) |
Senjakala
Dari Jabir r.a katanya:”Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.” (Muslim) |
Ramadhan Dibuka Pintu syurga Dan Ditutup Pintu Neraka
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.” (Bukhari & Muslim) |
Sujud tilawah
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:”Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.” (al-Bukhari dan Muslim) |
malan Setelah Bangun Dari Tidur
A |
Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.” (Muslim) |
Keutamaan Membaca Surah Al-baqarah
Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.” Riwayat Muslim |
Tertib Solat rasulullah S.a.w
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w memulai solat baginda dengan takbir. Sesudah itu baginda membaca surah al-Fatihah. Apabila baginda rukuk, kepalanya tidak mendongak dan tidak pula terlalu menunduk, tetapi pertengahan (sehingga kepalanya kelihatan rata dengan punggung). Apabila baginda bangkit dari rukuk, baginda tidak sujud sebelum baginda berdiri lurus lebih dahulu. Apabila baginda mengangkat kepala dari sujud (pertama) baginda tidak sujud (kedua) sebelum duduknya antara kedua sujud itu tepat benar lebih dahulu. Tiap-tiap selesai dua rakaat baginda membaca Tahiyat sambil duduk menghimpit kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Baginda melarang duduk seperti syaitan duduk atau seperti binatang buas duduk. Dan baginda menyudahi solat dengan membaca salam.” (Muslim) |
Syaitan Lari !
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila qamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata kepadanya:”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi berapa rakaat dia telah solat.” (al-Bukhari) |
Subscribe to:
Posts (Atom)