Jabir Ibn Abdillah r.a berkata : “Rasulullah SAW berada dalam salah satu perjalanan, maka baginda melihat orang berkerumun dan baginda melihat seorang lelaki telah dinaungi. Keran itu baginda bertanya: “Mengapa orang ini?” para sahabat menjawab: “Dia berpuasa.” Mendengar hal tersebut Nabi bersabda: “Bukanlah kebajikan, berpuasa dalam safar (perjalanan).” (al-Bukhari dan Muslim) |
April 9, 2010
Berpuasa Dalam Musafir
Situasi Berbeza; Rakaat Berbeza
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Allah mewajibkan solat melalui lidah nabi s.a.w, empat rakaat ketika muqim (menetap), dua rakaat ketika musafir dan satu rakaat ketika takut.” (Muslim) |
Puasa Orang Yang Musafir
Dari Hamzah bin Umar al-Islami, r.a. bahawa ia pernah bertanya Rasulullah, katanya: “Ya Rasulullah, rasanya saya tahan berpuasa dalam masa musafir, oleh itu adakah saya bersalah (kalau saya berpuasa)?”. Rasulullah SAW menjawab: “Itu adalah satu rukhsah kemudahan) dari Allah Ta’ala, sesiapa yang menggunakan kemudahan itu (ia tidak berpuasa dalam masa musafir), maka itu adalah baik, dan sesiapa yang memilih untuk berpuasa maka orang itu tidak dikira bersalah.” (Muslim) |
Kemudahan Dalam Bermusafir
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah suka (redha) supaya rukhsah-rukhsah yang diberikannya diamalkan sebagaimana ia tidak suka perkara-perkara maksiat dilakukan.” (Ahmad) |
Solat musafir
Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Biasanya nabi Muhammad s.a.w (dalam masa musafir) apabila baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda menangguhkan sembahyang zohor hingga waktu Asar, kemudian baginda turun (dari kenderaan) lalu baginda menjamakkan keduanya (Zohor dan Asar) (dengan jamak ta’khir); kalaupun baginda berangkat sebelum gelincir matahari, baginda sembahyang Zohor kemudian baginda berangkat (meneruskan perjalanannya). “ (Bukhari & Muslim ) |
Subscribe to:
Posts (Atom)