Search This Blog

Pages

February 10, 2010

Solat Minta Hujan

Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Nabi s.a.w tidak pernah mengangkat tangan tinggi-tinggi ketika berdoa, melainkan ketika berdoa minta hujan sehingga kelihatan putih ketiaknya.”
 
(Muslim)

 

Menjadikan Bumi Tempat Sujud

Dari Anas bin Malik r.a katanya:”Kami solat bersama-sama Rasulullah s.a.w ketika hari tersangat panas. Seorang yang tidak sanggup meletakkan dahinya di bumi membentangkan kain lalu dia sujud di atas kain itu.”
 
(Muslim)

 

zikir dengan suara nyaring setelah selesai solat

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Sesungguhnya zikir dengan suara nyaring setelah selesai solat wajib adalah biasa pada masa Rasulullah s.a.w. Berkata Ibnu Abbas:”Aku segera tahu bahawa mereka telah selesai solat jika suara mereka membaca zikir telah kedengaran.”
 
(Muslim)

Tidak diterima solat seseorang tanpa wudhuk

Dari Ibnu ‘Umar r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:”Tidak diterima solat seseorang tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu, menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya)”
 
(Muslim)

bila wanita jama'ah dimasjid

Dari Zainab ats-Tsaqafiy r.a katanya:”Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isyak berjamaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu.”
 
(Muslim)

 

Orang yang taubat adalah kekasih Allah

" Orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah. Dan orang yang bertaubat itu ialah seumpama orang yang tidak berdosa apa-apa"
Riwayat Ibnu Majah

solat witir baca Surah Al-A’la pada rakaat pertama

“Rasulullah di dalam solat witir membaca Surah Al-A’la pada rakaat pertama, Surah Al-Kafirun pada rakaat kedua, sedang dalam rakaat ketiga baginda membaca Surah Al-Ikhlas serta dua surah Muawwadzah iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas.”

bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam
(Muslim).

Akhiri shalatmu pada waktu malam dengan shalat witir

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan (akhir) shalatmu pada waktu malam dengan shalat witir.”
 (Bukhari – Muslim)

“Tidak ada dua witir

“Tidak ada dua witir dalam satu malam” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi).

Witir adalah kewajiban

Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil)

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat

“Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Ahmad)

kerjakan solat witir secara ganjil 5, 3, 1

Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah