Search This Blog

Pages

October 13, 2011

Penduduk Madinah Diperintahkan Berihram Bermula Dari Masjid Zul Hulaifah

2033. Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Al-Baida' adalah tempat yang kamu menyangka bahawa Rasulullah s.a.w pernah memulakan Ihramnya, sebenarnya Rasulullah s.a.w tidak memulakan Ihramnya kecuali dari masjid iaitu Zul Hulaifah.

Miqat Haji Dan Umrah

 2022. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menetapkan miqat bagi penduduk Madinah di Zul Hulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Najd di Qarnul Manazil dan bagi penduduk Yaman di Yalamlam. Miqat-miqat tersebut adalah untuk penduduk negeri itu serta bagi mereka yang melaluinya untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Adapun selain dari mereka yang tersebut, miqatnya adalah mengikut arah kedatangan mereka, sehingga penduduk Mekah pun miqatnya memadai dari Mekah. 


 2024. Hadis Ibnu Umar r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Madinah miqatnya di Zul Hulaifah, penduduk Syam miqatnya di Juhfah, penduduk Najd di Qarn. Abdullah bin Umar r.a seterusnya berkata: Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Miqat penduduk Yaman ialah di daerah Yalamlam.

haji

2015. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Seluar diharuskan kepada orang yang tidak memiliki kain dan sarung kaki iaitu khuf diharuskan kepada orang yang tidak memiliki selipar. Kesemuanya itu adalah dimaksudkan bagi orang yang berihram. 


 2017. Hadis Ya'la bin Umaiyyah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda berada di Ja'ranah dengan memakai jubah yang disapu minyak wangi atau dikatakan terdapat kesan kuning minyak wangi. Lalu dia bertanya: Apakah yang engkau ingin perintahkan kepadaku berhubung dengan ibadat Umrah? Pertanyaan itu tidak diperhatikan kerana waktu itu kebetulan baginda sedang menerima wahyu dan ditabiri dengan kain. Ya'la berkata: Betapa gembiranya aku kerana dapat menyaksikan Rasulullah s.a.w sedang menerima wahyu. Umar berkata: Jadi kamu suka dapat menyaksikan Rasulullah s.a.w sedang menerima wahyu?. Ketika itu Umar mengangkat hujung kain yang menutupi Rasulullah s.a.w, ternyata Rasulullah s.a.w seperti orang yang sedang tidur berdengkur. Seketika kemudian baginda terjaga lalu bertanya: Di mana orang yang bertanya tentang Umrah tadi? Bersihkan dirimu dari kesan kuning minyak wangi yang kamu pakai itu dan bukalah jubahmu. Lakukanlah Umrah kamu sebagaimana kamu mengerjakan fardu Haji.

Perkara Perkara Yang Diharuskan dan Dilarang Ketika Berihram Haji Atau Umrah Dan Keterangan Bahawa Haram Memakai Bau Bauan

 2012. Hadis Ibnu Umar r.a: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Bagaimana cara pakaian orang yang ingin berihram? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Janganlah kamu memakai baju, kain serban, seluar, penutup kepala dan sarung kaki iaitu khuf kecuali untuk orang yang tidak memiliki selipar, diharuskan dengan syarat khuf tersebut dipotong hingga bawah buku lali. Jangan memakai pakaian yang dicelup dengan Za'faran iaitu sejenis pewarna warna kuning dan Wars iaitu sejenis pewarna warna merah.