Search This Blog

Pages

June 27, 2010

Menghukum Dengan Adil

Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Jika diberikan kepada manusia apa sahaja yang didakwa oleh mereka tentunya akan mendakwa beberapa orang lelaki akan harta suatu kaum dan darah mereka tetapi (dalam hal ini diperlukan) saksi atas orang yang mendakwa dan sumpah atas (orang) yang engkar (yang terdakwa).”
 
(al-Baihaqi)

Memanfaatkan Harta Sebaik-baiknya

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap orang diberi suatu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya.”
 
(Muslim)

Dua Pertiga Itu Sudah Banyak

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Kalaulah orang ramai mengurangi dari sepertiga harta yang diwasiatkan mereka menjadi seperempat alangkah baiknya, kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Sepertiga itu sudah cukup banyak.”
 
(Muslim)