Search This Blog

Pages

June 13, 2011

Kelebihan Sembahyang Jenazah

Hadis Thauban r.a, bekas hamba Rasulullah s.a.w:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan 
sembahyang jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama dengan bukit Uhud.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1575,Bab Kelebihan Sembahyang Jenazah Dan Mengiringinya)

Waktu Waktu Yang Dilarang Solat

Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak ada 
sembahyang selepas sembahyang Asar sehinggalah terbenam matahari dan tidak ada sembahyang selepas sembahyang Subuh sehinggalah terbit matahari.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1368,Bab Waktu Waktu Yang Dilarang Melakukan Sembahyang)

Waktu Waktu Yang Dilarang Melakukan Sembahyang

Hadis Umar bin Al-Khattab r.a:
Rasulullah s.a.w telah menegah daripada 
sembahyang selepas Subuh sehinggalah terbit matahari dan juga selepas Asar sehinggalah terbenam matahari.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1367,Bab Waktu Waktu Yang Dilarang Melakukan Sembahyang)

Galakan Supaya Mendirikan Sembahyang Sunat Di Ruma

Hadis Ibnu Umar r.a:
Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Dirikanlah 
sembahyang (sembahyang sunat) kamu di rumah kamu dan janganlah kamu jadikan rumahmu itu seperti kuburan.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1296,Bab Galakan Supaya Mendirikan Sembahyang Sunat Di Rumah Dan Harus Melakukannya Di Masjid)

Riwayat Mengenai Orang Yang Tidur Malam Sehingga Pag

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia berwuduk maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia sembahyang maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan hati, jika tidak dia akan merasa malas dan kekusutan hati.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1295,Bab Riwayat Mengenai Orang Yang Tidur Malam Sehingga Pagi)

Dorongan Supaya Melakukan Sembahyang Malam Pada Bulan Ramadan

Hadis Aisyah r.a:
Pada suatu malam Rasulullah s.a.w 
sembahyang di masjid. Ada beberapa orang yang turut sembahyang bersama baginda, kemudian datang satu Kabilah juga turut sembahyang bersama baginda. Bilangan orang yang sembahyang bersama baginda menjadi semakin bertambah. Pada malam ketiga atau keempat selepas itu orang ramai berkumpul menunggu baginda tetapi Rasulullah s.a.w tidak keluar (sembahyang) bersama mereka. Apabila tiba waktu pagi baginda bersabda: Sesungguhnya aku melihat apa yang telah kamu lakukan, maka apa yang menegah aku dari keluar ialah aku bimbang sekiranya perkara ini difardukan ke atas kamu. Baginda bersabda: Peristiwa itu berlaku pada bulan Ramadan.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1270,Bab Dorongan Supaya Melakukan Sembahyang Malam Pada Bulan Ramadan, Iaitu Sembahyang Tarawih)

Dorongan Supaya Melakukan Sembahyang Malam Pada Bulan Ramadan

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang
mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1266,Bab Dorongan Supaya Melakukan Sembahyang Malam Pada Bulan Ramadan, Iaitu Sembahyang Tarawih)

Sembahyang Malam Itu Dua Rakaat Dua Rakaat


Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Sesiapa yang 
sembahyang malam, maka hendaklah dia mengakhiri sembahyang itu dengan sembahyang Witir. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan begitu.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1244,Bab Sembahyang Malam Itu Dua Rakaat Dua Rakaat Dan Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat Serta Sebaik Baiknya Dilakukan Pada Akhir Malam)

Sembahyang Malam Itu Dua Rakaat Dua Rakaat Dan Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat

Hadis Ibnu Umar r.a:
Sesungguhnya seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w mengenai 
sembahyang malam baginda. Nabi s.a.w menjawab: sembahyangmalam itu dua rakaat dua rakaat. Apabila salah seseorang daripada kamu bimbang akan masuk waktu Subuh, maka hendaklah dia sembahyang satu rakaat saja sebagai witir kepada sembahyang yang telah dilakukannya.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1239,Bab Sembahyang Malam Itu Dua Rakaat Dua Rakaat Dan Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat Serta Sebaik Baiknya Dilakukan Pada Akhir Malam)

Sembahyang Malam Dan Bilangan Rakaat Yang Dilakukan Oleh Nabi Pada Waktu Malam

Hadis Aisyah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman katanya: Sesungguhnya dia bertanya kepada Aisyah: Bagaimanakah 
sembahyang Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan? Aisyah menjawab: Rasulullah s.a.w tidak menambah bilangan rakaat sembahyangnya lebih dari sebelas rakaat samada pada bulan Ramadan ataupun pada bulan-bulan lain. Baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat dan janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya serta tempoh masanya. Kemudian baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat lagi. Janganlah kamu bertanya mengenai kesempurnaannya dan tempoh masanya, seterusnya baginda mendirikan lagi sembahyangnya sebanyak tiga rakaat. Aisyah menceritakan bahawa dia telah bertanya Rasulullah: Wahai Rasulullah! Adakah kamu tidur sebelum kamu mendirikan sembahyang Witir? Baginda menjawab dengan bersabda: Wahai Aisyah, sesungguhnya kedua mataku tidur tetapi hatiku tetap sedar.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1219,Bab Sembahyang Malam Dan Bilangan Rakaat Yang Dilakukan Oleh Nabi Pada Waktu Malam. Sesungguhnya Sembahyang Witir Itu Satu Rakaat Dan Sembahyang Satu Rakaat Adalah Sah)

Kelebihan Sembahyang Sunat Rawatib Sebelum Dan Selepas Sembahyang Fardu

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Aku 
sembahyang bersama Rasulullah s.a.w dua sujud (dua rakaat) sebelum Zuhur dan dua sujud (dua rakaat) selepasnya. Dua sujud (dua rakaat) selepas Maghrib dan dua sujud (dua rakaat) selepas Isyak. Dua sujud (dua rakaat) selepas Jumaat. Adapun sembahyangMaghrib, Isyak dan Jumaat, aku sembahyang bersama Nabi s.a.w di rumah baginda.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1200,Bab Kelebihan Sembahyang Sunat Rawatib Sebelum Dan Selepas Sembahyang Fardu Serta Keterangan Tentang Bilangannya)

Galakan Mendirikan Sembahyang Sunat Fajar

Hadis Hafsah r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: Sesungguhnya Hafsah Ummul Mukminin menceritakan kepadanya bahawa: Ketika tukang azan selesai dari melaungkan azan untuk 
sembahyang Subuh, baginda akan mendirikan sembahyang sunat dua rakaat dengan ringkas sebelum mendirikan sembahyang Subuh.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1184,Bab Galakan Mendirikan Sembahyang Sunat Fajar Dan Mendirikannya Dengan Ringkas Juga Penjelasan Mengenai Bacaan Yang Digalakkan Ketika Mendirikannya)

Galakan Mendirikan Sembahyang Dhuha


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah berpesan kepada ku dengan tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mendirikan 
sembahyang Dhuha dua rakaat dan mendirikan sembahyang sunat witir sebelum tidur.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1182,Bab Galakan Mendirikan Sembahyang Dhuha. Paling Sedikit Dua Rakaat dan Yang Paling Sempurna Ialah Lapan Rakaat. Manakala Yang Pertengahannya Ialah Empat Rakaat Atau Enam Rakaat Dan Galakan Supaya Sentiasa Melakukannya)

Orang Yang Paling Berhak Menjadi Imam Sembahyang

Hadis Malik bin Al-Huwairis r.a katanya:
Kami datang menemui Rasulullah s.a.w, pada waktu itu kami masih sama-sama muda dan usia kami tidak banyak perbezaanya. Kami tinggal bersama baginda selama dua puluh malam. Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat pemurah dan lembut sekali. Baginda menyangkakan bahawa aku sedang berselisih paham dengan keluargaku sehingga baginda bertanya kepadaku keadaan keluarga yang aku tinggalkan. Maka aku menceritakan kepada baginda mengenai keluargaku. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah kepada keluargamu dan tinggallah bersama mereka. Ajarlah mereka dan perintahkanlah mereka apabila tiba waktu 
sembahyang. Hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah orang yang paling tua dari kalangan kamu menjadi imam.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1080,Bab Orang Yang Paling Berhak Menjadi Imam Sembahyang)

Kelebihan Memperbanyakkan Langkah Berjalan Menuju Ke Masjid

Hadis Abu Musa r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya orang yang paling besar pahalanya ketika mendirikan 
sembahyang ialah orang paling jauh perjalanannya iaitu langkahnya menuju ke Masjid. Seseorang yang menunggu untuk mendirikan sembahyang sehinggalah dia mendirikannya bersama imam, lebih besar pahalanya daripada orang yang mendirikan sembahyang kemudian dia terus tidur.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #1064,Bab Kelebihan Memperbanyakkan Langkah Berjalan Menuju Ke Masjid)

Sederhana Pada Bacaan Di Dalam Sembahyang Jahriya

Hadis Ibnu Abbas r.a:
Tentang firman Allah:
 وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا Yang bermaksud: Dan janganlah kamu meninggikan suaramu dalam sembahyang dan jangan pula memperlahankannya. Katanya: Ayat ini diturunkan ketika Rasulullah s.a.w sedang bersembunyi di Mekah. Oleh itu apabila baginda sembahyang bersama para sahabat, baginda meninggikan suaranya semasa membaca Al-Quran. Apabila orang-orang musyrik mendengarnya, mereka memaki Al-Quran, Zat yang menurunkannya dan orang yang membacanya. Maka Allah s.w.t berfirman kepada NabiNya s.a.w:: وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ Yang bermaksud: Janganlah kamu meninggikan suaramu di dalam sembahyangmu. Sehingga orang-orang musyrik mendengar bacaanmu. وَلَا تُخَاِفتْ بِهَا Yang bermaksud: Dan jangan pula memperlahankannya. Sehingga sahabatmu tidak mendengarnya. Perdengarkanlah Al-Quran kepada mereka, tetapi jangan terlalu tinggi,وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا sebaliknya carilah cara yang sederhana di antara keduanya. Jadi baginda membaca sederhana antara tinggi dan perlahan.
(
Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #677,Bab Sederhana Pada Bacaan Di Dalam Sembahyang Jahriyah (Sembahyang Yang Dibaca Secara Nyaring) Iaitu Antara Nyaring Dan Perlahan Jika Dikhuatiri Akan Menimbulkan Perkara Yang Tidak Baik Apabila Dinyaringkan)

Perintah Agar Mengelokkan Sembahyang Serta Khusyuk Ketika Sembahyang

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w 
sembahyang mengimami kami. Setelah selesai sembahyang baginda bersabda: Wahai Si Polan! Mengapa kamu tidak mengelokkan sembahyangmu? Bukankah seseorang yang sembahyang itu akan memerhatikan bagaimana diasembahyang kerana sesungguhnya dia sembahyang untuk dirinya sendiri. Demi Allah sesungguhnya aku dapat melihat ke belakangku sebagaimana aku melihat di hadapanku.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #642,Bab Perintah Agar Mengelokkan Sembahyang Serta Khusyuk Ketika Sembahyang)