Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Sangat jeleklah seseorang yang berkata: “Aku telah lupa ayat begitu begini, bahkan ia dilupakan dan hendaklah kamu mengingati al-Quran (dengan selalu membacanya) kerana sesungguhnya dia sangat mudah terlepas daripada lelaki daripada haiwan ternakan (terlepas tali).” (al-Bukhari dan Muslim) |
May 31, 2010
Al-quran; Ingat-ingat Lupa?
Abu Hurairah ;perawi Hadis Terkemuka
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW:” Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapi saya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:” Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan (apa yang diperintahkan nabi SAW) dan kemudian nabi SAW menggerakkan kedua tangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda :” Ambil dan selendangkan ini (pada tubuh mu)”. Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupa lagi.” (al-Bukhari) |
Tidak disengajakan
Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksakan mereka atasnya.” (Ibnu Majah dan al-Baihaqi) |
Hukum Meninggalkan Solat Wajib
Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya:” Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” Riwayat al-Bukhari |
Kebersihan Dan Kesucian Dalam Islam
Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..” Riwayat Muslim |
Subscribe to:
Posts (Atom)