Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.” (al-Bukhari dan Muslim) |
March 20, 2010
Pintu-pintu Amal Kebajikan
Antara Yang Lebih Utama
Daripada Abu Zar r.a katanya, “Aku bertanya Rasulullah SAW : “ Manakah satu amalan lebih utama?” Baginda bersabda: “ Beriman di jalan Allah dan berjihad di jalan-Nya. Aku bertanya lagi : “ Memerdekakan hamba yang manakah yang lebih utama? Baginda bersabda : “ Yang lebih mahal harganya dan yang lebih bernilai di sisi pemiliknya.” Abu Zar bertanya lagi : “ Jika saya tidak dapat melakukannya?” Baginda bersabda : “ Engkau menolong orang yang berbuat atau engkau melakukan untuk orang yang tidak dapat berbuat. Abu Zar bertanya lagi : “Jika saya tidak dapat berbuat?” Sabda baginda : “ Engkau menjauhkan orang dari kejahatan kerana ia satu sedekah yang engkau bersedekah ke atas diri mu.” (al-Bukahri dan Muslim) |
Menderma Untuk Diri Sendiri
Dari Abu Dzar katanya:”Aku berkata kepada rasulullah s.a.w :”Pekerjaan manakah yang paling utama?” Jawab Rasulullah s.a.w:”Beriman kepada Allah dan berjihad di jalan Allah.” Aku bertanya lagi:”Membebaskan sahaya manakah yang paling utama?” Jawab baginda:”yang paling dikasihi oleh tuannya dan yang termahal harganya.” Aku bertanya pula:” Jika saya tidak melakukan itu semua?” Jawab baginda:”Membimbing pembuat sesuatu sedangkan orang itu tidak berkeahlian.” Berkata Abu Dzar:”Ya Rasulullah s.a.w, terangkanlah kepada saya bagaimana jika saya tidak kuasa melakukan sesuatu pekerjaan? Jawab baginda:”Jangan membuat bencana terhadap orang lain, kerana hal itu sebagai dermamu kepada dirimu sendiri.” (Muslim) |
Kemuliaan Syahid Fisabilillah
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakah yang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w:”Engkau tidak akan sanggup mengamalkannya!.” Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali, namun nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:”Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah) sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayat Allah, tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan perjuangan.” (Muslim) |
Kerana Jihad
Dari Jundub bin Sufyan r.a katanya: “Jari Rasulullah s.a.w berdarah kerana luka dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Bukankah engkau hanya sebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fisabilillah.” (Muslim) |
Jihad Kaum Wanita
Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.” (al-Bukhari) |
Ibadah Haji; Antara Amalan Yang Paling Utama
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama ? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi, “Selepas itu apa lagi ? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi ? Baginda menjawab, “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur). (al-Bukhari dan Muslim) |
Jihad Perjuangan Paling Utama
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, Iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi?, “Baginda saw. Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan”. Riwayat Al-Bukhari dan Muslim |
Kewajipan Mengawal Nafsu
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ” Riwayat al-Bukhari |
Al-quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Riwayat Muslim
Al-quran Al-karim
Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."
Ali r.a
Syariat Islam
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sungguh baik keadaan kamu ketika Isa Ibn Mariam turun dalam kalangan kamu, lalu ia memimpin kamu." Salah seorang rawi hadis ini (Ibn Abi Dzi'b) menerangkan dengan katanya: "Lalu ia memimpin kamu dengan menurut kitab Allah al-Quran dan Sunnah Nabi kamu s.a.w."
Abu Hurairah r.a
Kasih Kepada Rasulullah
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.” (At-Tabrani) |
Menghayati
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis” |
Beramal Dengan surah Al-kahfi
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi |
Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”. Riwayat Hadith al-Bukhari |
Sabar
Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah) Riwayat Muslim |
Beramal Dengan surah Al-kahfi
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi |
Beriman Kepada Kitab-kitab Allah
Abdullah bin Salam dan serombongan dari kaumnya datang mengadap Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Ya Rasulullah! Sesungguhnya kami beriman kepadamu, dan kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan kepada Nabi Musa, dan kepada kitab Taurat, dan juga kepada Uzair, dan kami kufur terhadap yang lainnya dari Kitab-kitab dan Rasul-rasul." (Mendengar yang demikian) maka Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : "(Itu tidak cukup) bahkan hendaklah kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Muhammad, dan kitab-Nya al-Quran, dan kepada tiap-tiap kitab yang diturunkan sebelumnya." Ibn Abbas r.a |
Cara-cara Azan Yang Diajarkan Oleh Rasulullah s.a.w.
“Daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah mengajar kepadanya cara-cara Azan dengan mengulangi dua kalimah syahadah (dengan suara yang tinggi pada permulaannya dan rendah pada akhirnya) dikeluarkan oleh Muslim tetapi ia menyebut takbir(Allahu Akbar) pada permulaan dua kali sahaja. Perawi-perawi yang lima meriwayatkan pula dengan menyebut (Allahu Akbar) sebanyak empat kali.” Riwayat Muslim |
Subscribe to:
Posts (Atom)