Search This Blog

Pages

June 7, 2011

Wahyu Mula Diturunkan Kepada Rasulullah s.a.w

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w menceritakan tentang masa terputusnya wahyu. Baginda bersabda: Ketika aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar suara dari langit. Aku mendongakkan kepalaku, ternyata Malaikat yang pernah mendatangiku di gua Hira' sedang duduk di atas kerusi terapung-apung di antara langit dan bumi. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku mula gementar kerana ketakutanku kepadanya. Lalu aku pulang dan berkata: Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku! Setelah aku diselimutkan, ketika itulah Allah s.w.t menurunkan ayat يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِرْ وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْYang bermaksud: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan, amaran kepada umat manusia dan ingatlah serta ucapkanlah kebesaran Tuhanmu. Pakaianmu hendaklah engkau bersihkan dan segala kejahatan, hendaklah engkau jauhi iaitu penyembahan berhala. Setelah itu wahyu diturunkan berterusan.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #232,Bab Wahyu Mula Diturunkan Kepada Rasulullah s.a.w)

Kelebihan Golongan Yang Beriman Dan Keunggulan Penduduk Yaman

Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya:
Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #72,Bab Kelebihan Golongan Yang Beriman Dan Keunggulan Penduduk Yaman)

Jihad Perjuangan Paling Utama



Hadith:
RASULULLAH saw bersabda yang bermaksud:
"Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah siapakah orang yang paling utama?. Jawab Baginda saw, iaitu orang mukmin yang berjihad dengan dirinya sendiri pada jalan Allah, lelaki itu bertanya lagi, selepas itu siapa lagi? Baginda saw Menjawab yang mengasingkan dirinya dilereng lereng bukit untuk beribadat kepada Tuhannya. Dalam satu riwayat yang lain, iaitu orang bertaqwa kepada Allah dan meninggalkan (mengasingkan dirinya) daripada orang yang melakukan kejahatan".
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Huraian hadith: 1. Sebenar benar jihad ialah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya untuk bertaqwa kepada Allah S.W.T. serta membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai.
2. Islam menuntut umatnya menyeru kearah kebaikan dan menentang kemungkaran. Usaha ini hendaklah dilakukan secara berperingkat seperti yang dilakukan oleh syarak.
3. Jihad dalam erti kata yang luas ialah kita dikehendaki sama-sama memperjuang dan memperlengkapkan diri bagi mencapai hasrat untuk kemajuan agama bangsa dan negara serta mempertahankannya dari sebarang ancaman musuh baik dari dalam mahupun dari luar.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
mStar Online : Jihad Perjuangan Paling Utama