Search This Blog

Pages

November 3, 2012

Apabila hambaKu telah mencapai usia 40 tahun, Aku akan jauhkan dia dari 3 macam bencana

Bismillah...Dalam sebuah Hadis Qudsi, Usman bin Affan berkata, Nabi saw bersabda, Allah berfirman, maksudnya:

‘Apabila hambaKu telah mencapai usia 40 tahun, Aku akan jauhkan dia dari 3 macam bencana, iaitu; gila, kusta dan sopak. Dan apabila dia mencapai usia 50 tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia 60 tahun, Aku akan dorongkannya supaya suka bertaub
at. Dan apabila dia mencapai usia 70 tahun, Aku akan jadikannya dicintai oleh para Malaikat. Dan apabila dia mencapai usia 80 tahun, Aku akan catitkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia mencapai usia 90 tahun, akan berkatalah para Malaikat: Orang ini sebagai tawanan Allah di buminya, maka diampunkanlah segala dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan. Dan apabila dia mencapai usia terlalu tua, Allah mencatitkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sihat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatitkan atasnya lagi.’ Riwayat Tarmizi (Hadis Qudsi, Syed Ahmad Semait, ms 45)

No comments:

Post a Comment