Search This Blog

Pages

June 24, 2011

Wahyu Mula Diturunkan Kepada Rasulullah s.a.w

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya:
Rasulullah s.a.w menceritakan tentang masa terputusnya wahyu. Baginda bersabda: Ketika aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar suara dari langit. Aku mendongakkan kepalaku, ternyata Malaikat yang pernah mendatangiku di gua Hira' sedang duduk di atas kerusi terapung-apung di antara langit dan bumi. Rasulullah s.a.w bersabda: Aku mula gementar kerana ketakutanku kepadanya. Lalu aku pulang dan berkata: Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku! Setelah aku diselimutkan, ketika itulah Allah s.w.t menurunkan ayat يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِرْ وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْYang bermaksud: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan, amaran kepada umat manusia dan ingatlah serta ucapkanlah kebesaran Tuhanmu. Pakaianmu hendaklah engkau bersihkan dan segala kejahatan, hendaklah engkau jauhi iaitu penyembahan berhala. Setelah itu wahyu diturunkan berterusan.