Search This Blog

Pages

May 22, 2011

Sebaik-Baik Istighfar


عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Penghulu istighfar itu ialah engkau berkata:
“Oh Tuhan! Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menciptakan daku dan aku hamba-Mu. Aku tetap di atas kesetiaan dan janji dengan-Mu sedapat mungkin. Aku berlindung dengan-Mu dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan. Aku kembali kepada-Mu dengan nikmat-Mu kepadaku aku kembali kepada-Mu dengan dosaku, ampunkanlah daku kerana tidak ada yang dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau jua.” 
Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan begitu pada waktu siang dengan penuh yakin dengan apa yang diucapkan lalu dia mati pada hari itu sebelum habis waktu petang maka dia adalah ahli syurga dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dalam keadaan dia benar-benar yakin dengannya lalu dia mati sebelum waktu pagi maka dia adalah ahli syurga.” 
http://sukahadis