Search This Blog

Pages

August 30, 2011

Kelebihan membaca surah Al-Ikhlas


Hadis Aisyah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus seorang lelaki untuk ikut bergabung dengan pasukan yang sedang berperang. Ketika sembahyang dia membaca Al-Quran dan mengakhiri bacaannya dengan ... iaitu surah Al-Ikhlas. Ketika pasukan tentera dalam perjalanan pulang, perkara itu diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. Baginda terus bersabda: Tanyakan saja kepadanya, mengapa dia lakukan itu? Lalu mereka bertanya kepada lelaki tersebut dan dia menjawab: Sesungguhnya ia adalah sifat Allah Yang Maha Pemurah. Aku sangat suka sekali membacanya. Setelah mendengar jawapan itu Rasulullah s.a.w bersabda: Beritahulah kepadanya bahawa Allah juga menyukainya.

Mengantuk ketika sembahyang


Hadis Aisyah r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk semasa sembahyang maka hendaklah dia duduk sehingga hilang perasaan mengantuk tersebut. Sesungguhnya apabila seseorang daripada kamu sembahyang dalam keadaan mengantuk, ketika dia memohon keampunan mungkin akan terjadi dia mencaci dirinya sendiri.

Makan atau tidur setelah sembahyang jumaat




Hadis Sahl r.a katanya:
Kami tidak pernah tidur atau makan pada waktu siang kecuali sesudah melakukan sembahyang Jumaat.

ganjaran sembahyang jenazah dan menghantar jenazah kekubur


Hadis Thauban r.a, bekas hamba Rasulullah s.a.w:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama dengan bukit Uhud.

sembahyang jenazah takbir 4 kali


Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Bahawa Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang ke atas jenazah Asamah An-Najasyi, Baginda bertakbir sebanyak empat kali.