Search This Blog

Pages

October 23, 2010

Manusia sentiasa mahu lebih


لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادٍ مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنَّ لَهُ وَادِيًا آخَرَ وَلَنْ يَمْلَأَ فَاهُ إِلَّا التُّرَابُ وَاللَّهُ يَتُوبُ عَلَى مَنْ تَابَ

 “Sekiranya seseorang mempunyai satu lembah emas pasti dia lebih suka untuk memiliki satu lembah emas yang lain lagi dan tidak akan memenuhi mulutnya kecuali tanah dan Allah s.w.t. menerima taubat orang yang mahu bertaubat”. (riwayat daripada Anas bin Malik dalam Sahih Muslim, no: 1048)

lihat yang lebih rendah


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْهُ

Daripada Abu Hurayrah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya: “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada orang yang diberikan kelebihan dari segi harta dan rupa maka hendaklah dia melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya. (al-Bukhari, no: 6490)

MENJAGA KELAPANGAN FIKIRAN DAN KEREHATAN HATI





وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  رضي الله عنه  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ  صلى الله عليه وسلم  انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ, وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ, فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ - مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ  .

Daripada Abu Hurayrah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu. Itu lebih baik supaya kamu tidak memperlekeh ni’mat yang diberikan Allah s.w.t. kepada kamu. (Muttafaq ‘Alayh)[1]
Dalam riwayat al-Bukhari yang lain melalui tariq al-A’raj daripada Abu Hurayrah lebih jelas khusus dengan harta dan rupa fizikal bukan dalam bab ketaatan kepada Allah dan mencari ilmu.