Search This Blog

Pages

May 29, 2011

0rang Yang Alim Itu Hidupnya Berkat

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a
berkata: Telah bersabda Rasulullah
s.a.w: “Orang yang paling baik itu
ialah orang yang alim. Jika ia
diperlukan maka ia akan memberi
manafaat bagi orang lain. Dan
jikalau ia tidak diperlukan maka ia
mencukupkan dirinya sendiri (tidak
menyusahkan orang lain)”

Hadis Riwayat Bazain

Kehebatan Orang yang Alim

Daripada Abdullah Bin Abbas r.a
berkata: Telah bersabda Rasulullah
s.a.w: “Seorang yang alim itu lebih
kuat pengaruhnya atas syaitan
daripada seribu abid (yang tidak
alim).
Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah

Kelebihan OrangYang Alim



Daripada Abu Amamah r.a berkata:
Telah disebut disisi
Rasulullah s.a.w dua orang lelaki.
Pertama orang yang abid (ahli
ibadat) dan kedua orang yang
alim. Maka Rasulullah s.a.w
bersabda: “Kelebihan orang yang
alim atas orang yang abid seperti
kelebihanku atas yang paling
rendah daripadamu”.