Search This Blog

Pages

July 23, 2011

Galakan Bersembahyang Dengan Tenang Dan Larangan Bersembahyang Dengan Tergesa gesa

Hadis Abi Qatadah r.a katanya:
Ketika kami mendirikan sembahyang bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba terdengar satu suara yang kuat. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang terjadi kepada kamu? Para sahabat menjawab: Kami tadi tergesa-gesa untuksembahyang. Rasulullah s.a.w bersabda: Jangan lagi kamu lakukan begitu apabila kamu datang untuk sembahyang, tetapi hendaklah kamu mendatanginya dengan tenang. sembahyanglah sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah rakaat sembahyang 
yang masih belum ditunaikan.

Bilakah Masanya Waktu Bangkit Untuk Sembahyang

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Diiqamatkan sembahyang, kami terus berdiri dan mengadakan barisan iaitu saf sebelum Rasulullah s.a.w keluar kepada kami. Tidak lama kemudian datanglah Rasulullah s.a.w sehinggakan baginda berhenti di tempatsembahyangnya. Sebelum mengangkat takbir baginda mengingatkan sesuatu sambil beredar. Baginda bersabda kepada kami: Berdirilah di tempatmu. Sementara itu kami masih berdiri menanti baginda sehinggalah baginda keluar kepada kami. Baginda telah membersihkan kepala baginda dengan air lalu bertakbir dan mendirikan sembahyang
bersama kami.

Bilakah Masanya Waktu Bangkit Untuk Sembahyang

Hadis Abi Qatadah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila diiqamatkan sembahyang maka janganlah kamu berdiri sebelum kamu melihatku.

Bilakah Masanya Waktu Bangkit Untuk Sembahyang

Hadis Jabir bin Samurah r.a katanya:
Apabila matahari telah tenggelam, Bilal segera mengumandangkan azan dan Bilal tidak akan mengiqamatkan sembahyang sebelum Rasulullah s.a.w keluar. Apabila melihat Rasulullah s.a.w keluar, lantas beliau mengiqamatkan sembahyang
.