Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w di Ja'ranah setelah kembali dari Peperangan Hunain. Pada pakaian Bilal terdapat perak dan Rasulullah s.a.w mengambil darinya untuk dibahagikan kepada orang ramai. Lelaki yang datang itu berkata: Wahai Muhammad! Kamu hendaklah berlaku adil. Rasulullah s.a.w bersabda: celakalah kamu! Siapa lagi yang lebih berlaku adil? Jika aku tidak adil. Pasti kamu yang rugi, jika aku tidak berlaku adil. Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Biarkan aku membunuh si munafik ini, wahai Rasulullah! Rasulullah s.a.w bersabda: Aku berlindung dengan Allah dari kata-kata manusia bahawa aku membunuh sahabatku sendiri. Sesungguhnya orang ini dan teman-temannya membaca Al-Quran tetapi tidak melampaui kerongkong mereka iaitu tidak mengambil faedah dari apa yang mereka baca bahkan mereka hanya sekadar membacanya sahaja. Mereka menyudahi bacaan Al-Quran sebagaimana anak panah menembusi binatang buruan.
December 26, 2011
Galakan Supaya Membaca Qunut Setiap Waktu Sembahyang Apabila Berlaku Musibah Terhadap Kaum Muslimin
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang telah membunuh para sahabat di Telaga Ma'unah selama tiga puluh pagi. Baginda juga mendoakan supaya ditimpa kecelakaan kepada Bani Ri'lin, Bani Zakwan, Bani Lihyan dan Bani Usaiyah serta orang yang mendustai Allah dan RasulNya.
Subscribe to:
Posts (Atom)