Search This Blog

Pages

October 2, 2012

Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan


Rasulullah SAW bersabda: 

“Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas, satu golongan menyembah Allah dengan ria’ dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. 

Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Maka dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.”

Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan.” Dia lalu dibawa ke neraka. 

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana ria’. “Dengan kemuliaan dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, aku beribadat kerana ria’.” 

Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaKu.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka.

Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharapkan redhaMu.” 

Allah berfirman. “Benar hambaKu.” Diapun dihantar ke syurga. (HR. Thabrani)

No comments:

Post a Comment