Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Pada suatu waktu, ketika Hasan bin Ali masih kecil, dia pernah mengambil kurma dari tompokan kurma sedekah (zakat), lalu diletakkannya ke mulutnya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w,:”Jijik, jijik, buang! Tidak tahukah kamu bahawa kita (keluarga Muhammad) tidak boleh memakan sedekah (zakat)?” (Muslim) |
May 18, 2010
Zakat Dan Rasulullah s.a.w
Waktu Membayar Zakat Fitrah
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya membayar zakat fitrah sebelum orang ramai pergi solat ‘Id.” (Muslim) |
Kewajipan Zakat Ffitrah Terhadap Setiap Muslim
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan atas setiap orang Muslim, biarpun dia merdeka tau hamba, lelaki atau perempuan iaitu segantang kurma atau gandum.” (Muslim) |
Keabadian islam
“Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Agama Islam ditegakkan atas lima perkara, iaitu mengucap dua kalimah syahadat, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Baitullah (jika mampu), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.” (al-Bukhari dan Muslim) |
Hikmah Kewajipan Membayar Zakat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.” Riwayat Bukhari |
Subscribe to:
Posts (Atom)