Search This Blog

Pages

September 4, 2010

Lailatul qadar tanda kasih kepada umat yang beriman, soleh



DARIPADA Aisyah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." (Hadis riwayat al-Bukhari). 

Malam lailatul qadar adalah satu malam paling istimewa yang ditunggu-tunggu semua umat Islam, satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah SWT.
Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam kesepuluh akhir bulan Ramadan iaitu dengan mengerjakan sembahyang tarawih, membaca al-Quran serta berzikir kerana Allah SWT akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam itu.
Lailatul qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan daripada-Nya. 

Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah saja mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat daripada kalangan hamba-Nya yang dikehendakinya.

Solat sunat dirumah solat fardhu dimasjid

1. Rasulullah s.a.w. bersabda;

صلوا أيها الناس في بيوتكم؛ فإن أفضل الصلاة صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة

“Tunaikanlah solat wahai sekelian manusia di rumah-rumah kamu. Sesungguhnya solat yang paling baik ialah solat yang dikerjakan oleh seseorang di rumahnya kecuali solat fardhu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Zaid bin Tsabit r.a.)

2. Abu Said meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Apabila seseorang kamu bersolat di masjid, maka hendaklah rumahnya juga diberi bahagian dari solatnya, kerana sesungguhnya Allah meletak kebajikan di dalam rumahnya itu kerana solatnya.

Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Majah.

3. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah bersabda:

Hendaklah kamu bersolat di rumah-rumah kamu dan janganlah kamu jadikannya sebagai perkuburan.

Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan lain-lain.