Search This Blog

Pages

May 17, 2010

Bersifat Pemurah Dibulan Ramadhan

“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”
 
(al-Bukhari dan Muslim)


Larangan Berpuasa Pada Hari yang Diragukan (hari Syak)

Daripada Abu al-Yakzan iaitu Amar bin Yasir r.a. katanya: Sesiapa yang berpuasa pada hari yang diragukan apakah bulan syaaban sudah habis atau bermulanya sudah bermulanya bulan ramadhan, sesungguhnya ia telah melanggar perintah Nabi s.a.w.”
 
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban


Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
 
(al-Bukhari)

Kelebihan Bersedekah Di Bulan Puasa


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
 
Riwayat at- Tirmidzi


Berbuka Yang Diharuskan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sesiapa yang berbuka puasa Ramadhan bukan kerana rukhsah (kelonggaran) yang dirukhsahkan oleh Allah, tidak dapat diqadha’kan dengan puasa setahun walaupun ia betul-betul (melakukan) puasa setahun itu.”
 
Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi

Kelebihan Bulan Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan.”
 
Riwayat Bukhari & Muslim

Kemuliaan Ramadhan

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan Malaikat-Nya pula mendoakan bagi orang-orang yang sembahyang pada saf yang pertama."
 
al-Bara' bin 'Aazib r.a