Search This Blog

Loading...

Pages

August 5, 2012

PERIHAL ZALIM MENZALIMI


Hadith riwayat Ibnu Umar ra, ia berkata:
Rasulullah Saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya kezaliman itu akan mendatangkan kegelapan-kegelapan pada hari kiamat kelak."
(Hadith Sahih Riwayat Muslim)

Hadith riwayat Abu Musa ra., ia berkata:
Rasulullah Saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung akan mengulur-ulur waktu bagi orang yang zalim. Tetapi ketika Allah akan menyiksanya, maka Dia tidak akan melepaskannya. Kemudian baginda membaca firman Allah maksudnya : "Dan begitulah azab Tuhanmu, apabila Dia mengazab penduduk negeri-negeri yang berbuat zalim. Sesungguhnya azab-Nya itu adalah sangat pedih lagi keras."
(Hadith Sahih Riwayat Muslim)

PENGERTIANNYA
- Berdasarkan hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawa Amal Sholeh yang di lakukan sesaorang belum tentu menjamin dia akan masuk Syurga.
- Dari itu kita perlulah membuat Persiapan didunia ini dengan mengerjakan Amalan-Amalan Sholeh dengan Hati yang Ikhlas semata-mata kerana Allah Swt dan tinggalkan Segala Perbuatan Dosa dan Menyakiti orang lain.
- Dan Sebelum melakukan sesuatu tindakkan perlulah BERFIKIR terlebih dahulu, janganlah mengikut HAWA NAFSU AMARAH dan mengikut Godaan Syaitan hingga membawa Penyesalan dikemudian hari.
- Hanya melalui Proses Tarbiah Imaniah yang berterusan sahaja akan dapat memandu kita di jalan yang lurus dan di Redai Allah Swt.

No comments:

Post a Comment