Search This Blog

Pages

April 27, 2011

Pemimpin dusta

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Jangan lupa Al-Quran

Hadis Abdullah bin Mas`ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila seseorang daripada kamu mengatakan aku lupa ayat ini, ayat ini, tetapi sebenarnya dia dilupakan. Sentiasalah membaca Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih mudah hilang dari dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari).
(Riwayat Muslim, #1314)

Solat menghapuskan dosa

Abi MuslimAt-tighlibi r.a. meriwayatkan:
"Sekali aku pergi menemui Abu Umamah (r.a) tatkala beliau berada di dalam masjid. Daku bertanya pada beliau sekiranya beliau benar-benar mendengar Rasulullah (s.a.w.) bersabda bahawa apabila sesaorang mengambil wudhu' dengan sempurna lalu menunaikan solat fardhunya, Allah s.w.t. mengampun segala dosanya yang telah dilakukan pada hari itu oleh kakinya yang bergerak kearah melakukan maksiat, oleh tangannya yang berbuat maksiat, oleh telinga yang mendengar berita-berita maksiat. Jawabnya, "Demi Allah, daku mendengar perkataan-perkataan ini dari Rasulullah s.a.w berkali-kali."