Search This Blog

Loading...

Pages

July 25, 2012

MADINAH...



Berikut adalah antara hadis-hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan Madinah:

“Sesungguhnya (Nabi) Ibrahim telah ‘mengharamkan’ Mekah dan berdoa untuknya, dan aku ‘mengharamkan’ Madinah sebagaimana Ibrahim mengharamkan Mekah, dan aku berdoa untuk cupak dan gantangnya sebagaimana Ibrahim berdoa untuk Mekah.” (Bukhari & Muslim)

“Sesiapa yang mampu untuk mati di Madinah hendaklah melakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah.” (Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah)

“Sesiapa yang memasuki masjid kami (masjid Nabi) ini untuk mempelajari satu kebaikan ataupun mengajarnya, adalah seumpama mujahid pada jalan Allah...” (Ahmad, Ibnu Majah)

“Di setiap pintu masuk Madinah ada malaikat yang mengawasi wabak taun dan Dajjal daripada menyerang Madinah.” (Bukhari & Muslim)

“Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya.” (Bukhari & Muslim)

“Bersembahyang di masjidku ini seribu kali lebih afdhal daripada yang lain-lain kecuali di Masjidil Haram.” (Bukhari & Muslim)

“Tidak digalakkan bermusafir melainkan ke tiga buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan masjidku ini.” (Bukhari & Muslim)

“Di antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga, dan mimbarku terletak di atas kolamku (di syurga).” (Bukhari & Muslim)

“Sesiapa yang memakan tuju biji tamar ‘ajwah (tamar Madinah) pada waktu pagi, nescaya racun dan sihir tidak akan memudaratkannya.” (Bukhari & Muslim)

“Sesiapa yang makan tujuh biji tamar yang tumbuh di antara dua tanah hitam (sempadan Haram Madinah) pada waktu pagi, dia tidak akan terkena racun hingga ke petang.” (Muslim)

(Rujukan: 'Mengenali Madinah Munawwarah Menerusi Kesan-kesan Sejarah', susunan Abdul Basit Abdul Rahman)

No comments:

Post a Comment