Search This Blog

Pages

July 3, 2010

Hari -hari yang dimuliakan Allah

"Tidak ada hari yang lebih mulia pada pandangan Allah dan tidak ada amalan yang lebih dikasihi Allah selain dari apa yang ada dalam sepuluh hari ini( 1-10 hb Zulhijjah). Oleh itu ucapkanlah tahlil (Lailahaillallah),takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah) banyak-banyak dalam hari-hari tersebut"

Hari yang dikasihi Allah

"Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan padanya amalan-amalan yang lebih dikasihi oleh Allah daripada hari ini (iaitu hari-hari permulaan Zulhijjah 1-10hb). Para sahabat bertanya: Biarpun tanpa jihad di jalan Allah? Baginda menjawab: Jihad dalan Allah pun tidak, kecuali seorang yang keluar menyabong nyawanya dan mengorbankan hartanya dan tidak kembali lagi"
Diriwayatkan oleh semua kecuali Muslim dan Nasa'i

lagi jauh lagi banyak pahala

Abu Musa ra mengatakan bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Orang yang paling besar pahala solatnya ialah orang yang paling jauh (dari Masjid). Dan sesudah itu ialah orang yang menunggu-nunggu waktu untuk solat sehingga ia solat dengan imam, lebih besar pahalanya daripada ia solat (sendiri) kemudian tidur." (Bukhari)