Search This Blog

Pages

February 13, 2010

Kewajipan Sembahyang (solat)

Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...”

( Bukhari )

Larangan Bercakap Semasa Mengerjakan Solat

Daripada Muawiyah bin al-Hakim Assalmi r.a. katanya, “Pada suatu masa, aku sembahyang bersama Rasulullah SAW. Tiba tiba seorang dari jamaah bersin, aku pun mengucapkan “Yarhamukallah!” Semua ahli jamaah menjeling kepadaku, lalu aku berkata”Aduhai kesalnya aku! (didalam hati), Satu bencana akan menimpaku, kenapa kamu memandangku?” Semua ahli jamaah memukul peha dengan tangan mereka. Setelah itu barulah aku mengerti bahawa mereka menghendaki aku diam, aku pun diam”. Apabila Rasulullah SAW. selesai mengerjakan sembahyang, baginda tidak berkata apa-apa kepadaku. Demi bapa dan ibuku, tidak pernah aku berjumpa orang yang paling baik cara mengajarnya selain daripada Rasulullah. Demi Allah, baginda tidak memarahi, memukul dan mencelaku. Baginda hanya bersabda, “ Sesungguhnya semasa mengerjakan sembahyang tidak dibenarkan sedikitpun bercakap kerana sembahyang itu merupakan tasbih, takbir serta bacaan ayat-ayat al-Quran.”

Riwayat Muslim

Keguguran Dan Cara Mengurus

Sabda Rasulullah s.a.w:”Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua orang tuanya agar memperolehi keampunan dan rahmat.”


Riwayat Abu daud dan at-Tirmidzi