Search This Blog

Pages

June 19, 2012

DOSA DARI PANDANGAN ORANG JAHAT & ORANG BAIK

DOSA DARI PANDANGAN ORANG JAHAT & ORANG BAIK: Nabi s.a.w. telah 
mengkhabarkan kepada kita dalam sebuah hadis: “Orang yang jahat akan
melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap di hidungnya, dengan
mudah dapat diusirnya hanya dengan mengibaskan tangan. Adapun seorang
mukmin melihat dosa-dosanya bagaikan duduk di bawah kaki gunung yang
siap menimpanya.”(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

berusaha mendapatkan sifat tawadhuk sehingga tidak akan wujud sifat bangga

Hazrat Iyyadh bin Khimar r.anhu dari kabilah bani Mujashik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT telah mewahyukan kepadaku supaya kamu semua berusaha mendapatkan sifat tawadhuk sehingga tidak akan wujud sifat bangga di antara satu sama lain dan tidak menzalimi orang lain. (HR Muslim)

Di akhir zaman nanti akan wujud manusia yang pada luarannya adalah sahaba

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Di akhir zaman nanti akan wujud manusia yang pada luarannya adalah sahabat, akan tetapi pada dalamannya adalah musuh. Baginda telah ditanya orang. Ya Rasulullah! Mengapakah ini berlaku? Rasulullah SAW bersabda: Persahabatan secara luaran adalah kerana ada keperluan antara satu sama lain. Dan kerana ada permusuhan secara dalamanlah wujud rasa khuatir satu kepada yang lain. (HR Musnad Ahmad)