Search This Blog

Pages

August 7, 2011

Sepuluh Pertama Bulan Syawal



Hadith:
DARI Aisyah r.a katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w hendak iktikaf pada sepuluh yang akhir bulan Ramadhan, baginda solat Subuh terlebih dahulu, sesudah itu barulah baginda masuk ke tempat iktikaf, iaitu sebuah bilik kecil yang dibuatkan khusus untuknya.
Baginda bermaksud hendak iktikaf selama sepuluh akhir bulan Ramadhan. Tetapi Zainab minta dibuatkan pula bilik kecil untuknya, begitu juga para isteri baginda yang lain. Maka dibuatkan orang semuanya.
Ketika Rasulullah s.a.w solat Subuh, dilihatnya banyak bilik-bilik kecil berderet-deret. Lalu baginda bersabda: "Kebajikan bagaimanakah yang kalian inginkan? "Lalu baginda perintahkan supaya bilik-bilik itu dirobohkan semuanya dan baginda kurangkan iktikafnya pada Ramadhan itu dan menggantinya dengan iktikaf pada sepuluh awal bulan Syawal."
Riwayat Muslim

Galakan Mendirikan Sembahyang Dhuha. Paling Sedikit Dua Rakaat dan Yang Paling Sempurna Ialah Lapan Rakaat. Manakala Yang Pertengahannya Ialah Empat Rakaat Atau Enam Rakaat Dan Galakan Supaya Sentiasa Melakukannya

Hadis Aisyah r.a katanya:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah s.a.w meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya baginda suka melakukannya, ini adalah kerana baginda bimbang jika baginda selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka
.

Galakan Mendirikan Sembahyang Dua Rakaat Di Masjid Bagi Orang Yang Mula Kembali Dari Musafir

Hadis Kaab bin Malik r.a:
Kebiasaannya Rasulullah s.a.w kembali dari musafir pada waktu siang hari iaitu pada waktu Dhuha. Apabila kembali, baginda terus menuju ke masjid dan selepas mendirikan sembahyang dua rakaat baginda pun duduk.

Galakan Agar Mendirikan Sembahyang Tahiyat Masjid Sebanyak Dua Rakaat Dan Larangan Dari Duduk Sebelum Mendirikannya Serta Perkara Ini Digalakkan Pada Setiap Waktu

Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Nabi berhutang denganku. Lalu baginda membayarnya lebih daripada hutang baginda itu. Seterusnya aku memasuki masjid, lalu baginda berkata kepadaku: sembahyanglah dua rakaat!.

Agar Mendirikan Sembahyang Tahiyat Masjid Sebanyak Dua Rakaat Dan Larangan Dari Duduk Sebelum Mendirikannya Serta Perkara Ini Digalakkan Pada Setiap Waktu

Hadis Abu Qatadah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke masjid, maka hendaklah dia melakukan rukuk (sembahyang) sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk
.