Search This Blog

Pages

June 14, 2011

Tidak sah korban yang disembelih sebelum sembahyang hari raya

Hadis Jundab bin Sufian r.a katanya:
Aku pernah menyaksikan sembelihan korban sewaktu bersama Rasulullah s.a.w sebelum mendirikan 
sembahyang dan apabila selesaisembahyang dengan memberi salam, baginda mendapati daging korban telah disembelih sebelum selesai mendirikan sembahyang. Baginda bersabda: Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum dia mendirikan sembahyang atau kami sembahyang, dia hendaklah menyembelih yang lain sebagai gantinya. Manakala sesiapa yang belum melakukan sembelihan, dia hendaklah menyembelih dengan menyebut nama Allah.

Solatlah dengan wudhuk yang sempurna

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Selepas 
sembahyang Subuh, Rasulullah s.a.w bersabda kepada Bilal: Wahai Bilal ceritakan padaku tentang amalan (besar pahalanya) kamu yang kamu lakukan setelah berada dalam Islam, kerana semalam aku mendengar suara hentakan seliparmu di dalam Syurga. Bilal berkata: Aku tidak pernah melakukan suatu amalan (besar pahalanya) pun dalam Islam, tetapi selagi Allah mentakdirkan aku mendirikan sembahyang,
maka aku akan berwuduk dengan sempurna samada malam ataupun siang hari.

Jangan solat jenazah orang munafik

Hadis Ibnu Umar r.a katanya:
Ketika Abdullah bin Ubai bin Salul meninggal dunia, datang anaknya Abdullah bin Abdullah menemui Rasulullah s.a.w, meminta pakaian Rasulullah s.a.w untuk mengapani jenazah ayahnya. Rasulullah s.a.w memenuhi permintaan tersebut, kemudian beliau meminta Rasulullah s.a.w menyembahyangkan jenazah ayahnya. Maka Rasulullah s.a.w berdiri untuk memenuhi permintaan itu. Umar berdiri serta menarik baju Rasulullah s.a.w sambil berkata: Wahai Rasulullah! Adakah kamu ingin menyembahyanginya, tidakkah Allah melarang dari berbuat begitu? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepadaku. Allah telah berfirman:



اسْتَغْفِرْ لَهُمْ أَوْ لَا تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ إِنْ تَسْتَغْفِرْ لَهُمْ سَبْعِيْنَ مَرَّةً 


Yang bermaksud: Kamu mintalah keampunan untuk mereka atau tidak minta keampunan untuk mereka, sekirannya kamu meminta keampunan untuk mereka sebanyak tujuh puluh kali, aku akan menambahnya tujuh puluh kali. Umar berkata: Abdullah itu orang munafik. Rasulullah s.a.w tetap menyembahyangi jenazah tersebut. Oleh sebab itulah Allah menurunkan ayat:


وَلَا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ 


Yang bermaksud: Dan janganlah kamu sembahyang jenazah ke atas orang munafik yang mati di antara mereka dan janganlah kamu berdiri di atas kuburnya.

Sutera bukan pakaian orang bertaqwa

Hadis Uqbah bin Amir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah dihadiahkan dengan sejenis pakaian luar yang dibuat dari sutera. Baginda memakainya untuk mendirikan
sembahyang. Apabila selesai sembahyang, baginda segera menanggalkannya dengan cepat seperti tidak menyukainya. Kemudian baginda bersabda: Pakaian ini bukan untuk orang-orang yang bertakwa.

Solat sepanjang malam seperti puasa tanpa henti

Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Orang yang berusaha un
tuk membantu para janda dan orang miskin diibaratkan sebagai orang yang berperang di jalan Allah, orang yang bangun sembahyang sepanjang malam dan seperti orang yang berpuasa tanpa berhenti.

Bersyukur dengan solat

Hadis Al-Mughirah bin Syukbah r.a:
Bahawa Nabi s.a.w telah mendirikan 
sembahyang hingga pecah-pecah telapak kaki baginda. Maka baginda ditanya: Mengapa engkau menyusahkan diri dengan ini semua? Sedangkan Allah telah mengampuni segala kesalahanmu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang, baginda menjawab: Tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur!.

Diampunkan dosa dengan solat

Hadis Anas r.a katanya:
Seorang lelaki berjumpa Nabi s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan sesuatu yang boleh dikenakan hukum hudud, oleh itu hukumlah aku. Anas berkata: Sebaik sahaja tiba waktu 
sembahyang lelaki tersebut turut mendirikan sembahyangbersama-sama Rasulullah s.a.w. Setelah selesai sembahyang lelaki tadi berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah melakukan sesuatu yang boleh dikenakan hukum hudud. Oleh itu hukumlah aku sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran. Baginda bersabda: Adakah kamu mendirikan sembahyang bersama-sama kami? Lelaki tersebut menjawab: Ya. Baginda bersabda: Kamu telah diampunkan oleh Allah s.w.t.

Solat menghapuskan dosa

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
Seorang lelaki telah mencium seorang perempuan, lalu lelaki tersebut datang berjumpa Nabi s.a.w dan memberitahu kepada baginda perihal tersebut. Baginda bersabda: Lalu diturunkan ayat 
4أَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنَ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ Yang bermaksud: Dirikanlah sembahyang wahai Muhammad (engkau dan umatmu) pada waktu pagi, petang dan sebahagian dari waktu malam. Sesungguhnya amalan kebajikan khususnya sembahyang akan menghapuskan kejahatan. Perintah Allah tersebut adalah merupakan peringatan bagi orang yang sentiasa mengingati Allah. Abdullah berkata: Lelaki tersebut bertanya: Adakah ayat ini diturunkan untukku wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Untuk sesiapa sahaja dari kalangan umatku yang melakukannya.

Doa Yang Perlu Dibaca Ketika Hendak Tidur Dan Ketika Hendak Ke Tempat Tidur

Hadis Al-Bara' bin Azib r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu ingin ke tempat tidur, berwuduklah terlebih dahulu sebagaimana kamu berwuduk untuk
sembahyang. Kemudian berbaringlah di atas lambung kanan. Kemudian bacalah: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ jadikan doa ini sebagai ucapan (kata-kata) terakhir pada malam tersebut. Di mana sekiranya kamu mati nescaya kamu mati dalam keadaan fitrah (suci bersih). Al-Bara' berkata: Aku mengulangi kalimah-kalimah tersebut supaya mengingatinya. Aku menyebut: آمَنْتُ بِرَسُولِكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ Rasulullah s.a.w bersabda: Sebutlah آمَنْتُ بِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ