Sulaiman bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah telah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibnu Abi Laila daripada ‘Ali bahawa Fatimah mengadu hal tentang tangannya kerana mengisar gandum. Maka dia pergi kepada Rasulullah s.a.w. untuk meminta seorang hamba tetapi tidak mendapatinya (di rumah). Maka dia pun menyebutkan perkara itu kepada Aisyah. Bila Nabi s.a.w. datang maka Aisyah pun menceritakan kepada Baginda. Kata perawi (Ali): Maka Nabi s.a.w. pun datang kepada kami ketika kami sudah pergi ke tempat tidur kami, aku mahu bangun tetapi Nabi s.a.w. berkata:
“Tetaplah kamu di tempat kamu.” Baginda pun duduk di antara kami sehingga aku merasakan sejuk dua tapak kakinya di dadaku. Maka Nabi s.a.w. berkata: “Mahukah kamu berdua aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang terlebih baik bagi kamu dari seorang hamba / khadam iaitu apabila kamu pergi ke tilam / atau tempat tidur kamu maka bertakbirlah tiga puluh tiga kali, bertasbihlah tiga puluh tiga kali dan bertahmidlah tiga puluh tiga kali. Itu adalah lebih baik bagi kamu berdua dari seorang hamba / khadam.
Dan daripada Syu’bah daripada Khalid daripada Ibnu Sirin, beliau berkata: “Tasbih tiga puluh empat kali.”
( Shahih Bukhari: Kitab Doa-Doa, Bab Tasbih Dan Takbir Ketika Hendak Tidur )