Search This Blog

Pages

July 11, 2012

‎7 golongan dilindungi di bawah bayangan Rahmat



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu:

Pemerintah yang adil 


Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah

Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid

Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka
berkumpul dan berpisah kerana Allah


Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”

Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya


Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga berlinangan air matanya.


(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan lain-lain)

No comments:

Post a Comment