Search This Blog

Pages

October 15, 2011

Memotong Tangan Pencuri Samada Orang Yang Mulia Ataupun Tidak Serta Tegahan Memohon Syafaat (Keringanan) Dalam Hukuman Hudud

3196. Hadis Saidatina Aisyah r.a: Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan masalah seorang wanita dari kabilah Makhzumiah yang telah mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang akan memberitahu masalah ini kepada Rasulullah s.a.w? Dengan serentak mereka menjawab: Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w. Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Jadi maksud kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari hukum Allah? Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah: Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya. 3201. Hadis Sayidina Umar bin Al-Khattab r.a: Sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad s.a.w dengan kebenaran dan telah menurunkan kepada baginda kitab Al-Quran. Di antara yang diturunkan kepada baginda ialah ayat yang menyentuh tentang hukuman rejam. Kami selalu membaca, menjaga dan memikirkan ayat tersebut. Rasulullah s.a.w telah melaksanakan hukuman rejam tersebut dan selepas baginda, kami pun melaksanakan juga hukuman itu. Pada akhir zaman aku merasa takut, akan ada orang yang akan mengatakan: Kami tidak menemukan hukuman rejam dalam kitab Allah iaitu Al-Quran sehingga mereka akan menjadi sesat kerana mereka meninggalkan salah satu kewajipan yang telah diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya hukuman rejam yang terdapat dalam kitab Allah itu mesti dilaksanakan ke atas penzina yang pernah berkahwin samada lelaki ataupun perempuan apabila terdapat bukti yang nyata, samada dia telah hamil ataupun dengan pengakuan darinya sendiri.

No comments:

Post a Comment