3211. Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Sesungguhnya pernah suatu ketika dua orang Yahudi lelaki dan perempuan yang berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w berangkat menemui orang-orang Yahudi lalu bertanya: Apakah hukuman ke atas orang yang melakukan zina sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Taurat? Mereka menjawab: Kami akan mencontengkan muka mereka dengan warna hitam, dan menaikkannya di atas kenderaan dalam keadaan beriringan, kemudian kami membawa mereka mengelilingi jalan. Selanjutnya baginda berkata: Datangkanlah kitab Taurat itu sekiranya kamu berlaku jujur. Kemudian mereka mengambil kitab Taurat dan membacanya. Ketika bacaan mereka sampai pada ayat rejam, tiba-tiba dia meletakkan tangannya di atas ayat tersebut dan dia hanya membaca ayat yang sebelum dan selepasnya. Abdullah bin Salam yang turut bersama Rasulullah s.a.w pada waktu itu berkata kepada beliau: Perintahkanlah dia supaya mengangkat tangannya. Pemuda tadi lalu mengangkat tangannya. Dan ternyata ayat yang ditutupinya itu ialah ayat rejam. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan agar kedua orang yang berzina tadi dihukum rejam. Lalu hukuman itupun dilaksanakan. Abdullah bin Umar berkata lagi: Aku adalah termasuk daripada mereka yang ikut merejam mereka. Dan aku melihat lelaki tersebut berusaha mengelak dari rejaman batu itu.
3214. Hadis Abdullah bin Abi Aufa r.a: Diriwayatkan daripada Syaibani r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufaa: Adakah Rasulullah s.a.w pernah melakukan hukuman rejam? Dia menjawab: Ya. Aku bertanyakan hal itu samada selepas turunnya surah An-Nur atau sebelumnya? Dia menjawab: Aku tidak mengetahuinya.
3215. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang hamba perempuan milik salah seorang di antara kamu melakukan perbuatan zina dan telah terbukti, maka hukumlah dia dengan merotannya dan janganlah kamu memakinya. Jika dia mengulanginya lagi perbuatan zina itu, maka rotanlah dia dan janganlah kamu memakinya. Dan jika dia mengulanginya lagi buat kali ketiganya dan terbukti, maka jualah dia walaupun dengan harga sehelai rambut.

No comments:
Post a Comment