Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda pada hari Nahr (Hari Raya korban): Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum sembahyang, dia hendaklah mengulanginya. Seorang lelaki berdiri lalu berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah hari yang memerlukan daging. Lalu dia menyebut keperluan para jirannya seolah-olah Rasulullah s.a.w mempercayainya. Lelaki tadi meneruskan: Aku mempunyai seekor anak kambing (berumur antara enam bulan hingga setahun) yang aku menyayanginya lebih daripada dua ekor kambing. Bolehkah aku menyembelihnya? Lalu Rasulullah s.a.w mengizinkannya. Beliau (Anas) berkata: Aku tidak tahu apakah kelonggaran itu juga adalah untuk orang lain ataupun tidak. Dia berkata lagi: Kemudian Rasulullah s.a.w menghampiri dua ekor kibas, lalu baginda menyembelih keduanya. Orang ramai pun membahagikannya ataupun dibahagikannya.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3630,KITAB KORBAN)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Uqbah bin Amir r.a: Rasulullah s.a.w telah memberinya kambing-kambing untuk dibahagikan kepada para sahabat sebagai korban. Lalu yang tinggal hanya seekor anak kambing. Uqbah memberitahu Rasulullah s.a.w lalu baginda bersabda: Kamu sembelihlah ia wahai Qutaibah bersama yang lainnya. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3633,Bab Umur Binatang Korban) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Ali bin Abu Talib r.a: Diriwayatkan daripada Abu Ubaid r.a katanya: Aku pernah mengikuti sembahyang Hari Raya bersama Ali bin Abu Talib. Beliau mendahulukan sembahyang sebelum khutbah dan beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menegah kami memakan daging korban kami selepas daripada tiga hari. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3639,Bab Menerangkan Tegahan Memakan Daging Korban Selepas Tiga Hari Pada Zaman Permulaan Islam Serta Menerangkan Pembatalan Tegahan Tersebut Dan Diharuskan Memakannya Pada Bila bila Masa Sahaja Yang Dikehendaki) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Seseorang dari kamu tidak boleh memakan daging korbannya selepas dari tiga hari. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3641,Bab Menerangkan Tegahan Memakan Daging Korban Selepas Tiga Hari Pada Zaman Permulaan Islam Serta Menerangkan Pembatalan Tegahan Tersebut Dan Diharuskan Memakannya Pada Bila bila Masa Sahaja Yang Dikehendaki) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Waqid r.a katanya: Rasulullah s.a.w melarang dari memakan daging korban selepas dari tiga hari. Abdullah bin Abu Bakar berkata: Aku memberitahu perkara tersebut kepada Amrah lalu dia berkata: Dia benar, aku pernah mendengar Aisyah r.a berkata: Beberapa orang wanita dari penduduk gurun berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat penyembelihan korban pada zaman Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Simpanlah tiga hari. Setelah itu sedekahkanlah apa yang masih berbaki. Beberapa ketika selepas itu para sahabat berkata: Wahai Rasulullah! Orang ramai menyimpan daging korban dan membawa sebahagian dari lemaknya. Rasulullah s.a.w bertanya: Kenapa begitu? Mereka menjawab: Dulu engkau melarang dari memakan daging korban selepas tiga hari. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Aku melarang kamu hanyalah kerana mengingat orang-orang yang berjalan perlahan-lahan (untuk menolong orang-orang yang tidak mampu). Sekarang kamu bolehlah makan, menyimpan dan menyedekahkannya. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3643,Bab Menerangkan Tegahan Memakan Daging Korban Selepas Tiga Hari Pada Zaman Permulaan Islam Serta Menerangkan Pembatalan Tegahan Tersebut Dan Diharuskan Memakannya Pada Bila bila Masa Sahaja Yang Dikehendaki) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Jabir r.a: Nabi s.a.w melarang daripada memakan daging korban selepas dari tiga hari. Kemudian selepas itu baginda bersabda pula: Makanlah kamu, berbekallah dan simpanlah. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3644,Bab Menerangkan Tegahan Memakan Daging Korban Selepas Tiga Hari Pada Zaman Permulaan Islam Serta Menerangkan Pembatalan Tegahan Tersebut Dan Diharuskan Memakannya Pada Bila bila Masa Sahaja Yang Dikehendaki) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Salamah bin Al-Akwa' r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu yang melakukan korban (sembelih) maka janganlah menyimpan sedikitpun di rumahnya selepas dari tiga hari. Pada tahun berikutnya, para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah kami harus melakukannya seperti pada tahun lepas? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak, pada tahun itu ramai dari kalangan kaum Muslimin hidup dalam keadaan susah. Jadi aku mahu daging korban itu dibahagikan kepada mereka. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3648,Bab Menerangkan Tegahan Memakan Daging Korban Selepas Tiga Hari Pada Zaman Permulaan Islam Serta Menerangkan Pembatalan Tegahan Tersebut Dan Diharuskan Memakannya Pada Bila bila Masa Sahaja Yang Dikehendaki) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Abu Said r.a: Ketika Rasulullah s.a.w berada di atas mimbar, baginda s.a.w bersabda: Terdapat seorang hamba, di mana Allah memberi pilihan kepadanya, samada beliau ingin memilih kemewahan dunia atau diberi sesuatu yang ada di sisi Allah. Ternyata beliau memilih apa yang ada di sisi Allah. Setelah itu Abu Bakar menangis dan berkata: Aku menebus kamu dengan bapa dan ibuku. Abu Said berkata: Rasulullahlah yang dipilihnya dan Abu Bakar sendiri yang memberitahu perkara itu kepadaku. Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang sanggup berkorban dengan harta dan dirinya kerana aku ialah Abu Bakar. Sekiranya aku ingin mengambil seorang kekasih, aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku, akan tetapi beliau merupakan saudaraku di dalam Islam. Sesungguhnya di masjid ini terdapat jendela besar di antara dua buah rumah untuk Abu Bakar. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4390,KITAB KELEBIHAN PARA SAHABAT R.A) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Hadis Anas r.a katanya: Nabi s.a.w tidak pernah menemui seseorang wanita pun selain dari isteri-isterinya kecuali Ummu Sulaim. Ketika Nabi s.a.w ditanya, baginda s.a.w menjawab: Aku menghormatinya, lantaran saudaranya terkorban ketika bersamaku. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4493,Bab Sebahagian Dari Kelebihan Ummu Sulaim, Ummu Anas Bin Malik dan Bilal r.a) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya: Ketika perang Uhud ayahku telah dibawa kepadaku dalam keadaan tertutup seluruh tubuhnya, beliau telah terkorban. Semasa aku ingin membuka pakaiannya, orang ramai melarangku. Aku mencuba sekali lagi tetapi mereka tetap melarangku. Akhirnya Rasulullah s.a.w membukanya atau baginda menyuruh orang membukanya. Tiba-tiba terdengar suara tangisan atau jeritan. Baginda s.a.w bertanya: Siapakah yang menangis? Para sahabat menjawab: Anak perempuan Amru atau saudara perempuan Amru. Rasulullah s.a.w bersabda: Mengapa kamu menangis? Sesungguhnya Malaikat masih menutupi beliau dengan sayap-sayapnya sehinggalah beliau di bawa naik ke langit. (Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #4517,Bab Sebahagian Dari Kelebihan Abdullah Bin Amru Bin Haram dan Ayah Jabir r.a)

No comments:
Post a Comment