Hadis Ibnu Abbas r.a:
Nabi s.a.w pernah ditanya mengenai masalah sembelihan korban, bercukur, melontar, mendahulukan dan melewatkan. Baginda menjawab: Tidak mengapa.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2306,Bab Orang Yang Mencukur Rambut Sebelum Menyembelih Korban Dan Orang Yang Menyembelih Sebelum Melontar)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Jabir bin Abdullah r.a katanya:
Kami pernah menyembelih binatang korban bersama Rasulullah s.a.w pada tahun Hudaibiah dengan seekor unta kepada tujuh bahagian dan lembu juga kepada tujuh bahagian.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2322,Bab Berkongsi Binatang Korban. Setiap Ekor Lembu Dan Unta Dibahagi Tujuh Bahagian)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah mengirimkan binatang korban dari Madinah dan akulah yang memintal kalung-kalung binatang korbannya. Baginda tidak menjauhi apa pun yang sepatutnya dijauhi oleh orang yang sedang berihram.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2331,Bab Sunat Mengirimkan Daging Binatang Korban Ke Tanah Haram iaitu Mekah Bagi Orang Yang Tidak Ingin Pergi Sendiri. Sunat Mengalunginya Dan Menyembelih Binatang Yang Berkalung Serta Utusan Untuk Membawa Kiriman Hendaklah Bukan Orang Yang Berihram Supaya Tidak Ada Yang Diharamkan Ke Atasnya)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w pernah melihat seorang lelaki membawa seekor unta lalu baginda bersabda: Tunggangilah ia. Lelaki tadi menjawab: Wahai Rasulullah! Ia adalah seekor unta yang akan dikorbankan. Baginda bersabda: Naikilah! Kalau tidak rugilah kamu. Dalam sabda yang kedua atau ketiga.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2342,Bab Harus Menunggang Unta Yang Akan Dijadikan Korban Bagi Orang Yang Memerlukannya)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bertemu dengan seorang lelaki yang sedang membawa seekor unta kemudian baginda bersabda: Tunggangilah ia. Lelaki tadi menjawab: Ia adalah unta yang akan dikorbankan. Baginda bersabda: Tunggangilah ia! Baginda mengulangi sampai dua atau tiga kali.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2344,Bab Harus Menunggang Unta Yang Akan Dijadikan Korban Bagi Orang Yang Memerlukannya)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku pernah disuruh oleh Abu Bakar As-Siddiq yang ketika itu beliau dilantik oleh Rasulullah s.a.w menjadi pemimpin menangani masalah Haji iaitu Amirul Haji sebelum berlakunya Haji Wida' dan untuk menyampaikan pengumuman kepada seluruh manusia pada Hari Nahr (Hari Raya korban): Bermula dari tahun ini orang-orang Musyrik tidak dibolehkan lagi melakukan kegiatan Haji dan Tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #2401,Bab Tidak Boleh Bagi Orang Musyrik Mengerjakan Haji Di Baitullah Dan Tawaf Dalam Keadaan Telanjang Di Baitullah Dan Penjelasan Tentang Hari Haji Akbar)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Al-Mughirah bin Syu'bah r.a katanya:
Seorang wanita telah memukul madunya yang berada dalam keadaan hamil dengan menggunakan tongkat, sehinggalah dia meninggal dunia. Salah seorang daripadanya berasal dari kaum Lihyan. Maka Rasulullah s.a.w menjatuhkan hukuman diat wanita yang menjadi korban pembunuhan itu kepada asabahnya iaitu pewaris pembunuh tersebut. Manakala untuk janin yang berada dalam perutnya harus ditebus dengan seorang hamba samada lelaki ataupun perempuan. Kemudian salah seorang waris lelaki yang membunuh itu berkata: Apakah aku harus membayar diat anak yang belum dapat makan dan minum dan belum menjerit? Itu jelas merupakan kecelakaan yang tidak boleh ditanggung. Mendengar itu Rasulullah s.a.w lalu bersabda: Apakah seperti itu sajak orang-orang Arab? Baginda bersabda lagi: Diwajibkan ke atas mereka itu membayar diat.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3186,Bab Diat Janin Dan Kewajipan Membayar Diat Kerana Pembunuhan Yang Tidak Sengaja Dan Pembunuhan Yang Hampir Sengaja Adalah Tanggungan Ke Atas Keluarga Orang Yang Melakukannya)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Anas bin Malik r.a katanya:
Ketika diturunkan ayat: إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينَا لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ sehingga ayat فَوْزًا عَظِيْمًا Yang bermaksud: Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata supaya Allah memberi keampunan kepadamu sehingga ayat yang bermaksud: Dan yang demikian itu adalah kemenangan yang besar di sisi Allah. Hal itu memang ada kaitannya dengan perjanjian Hudaibiah. Mereka memang merasa sedih dan terharu, kemudian mereka menyembelih binatang korban di Hudaibiah. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya ada satu ayat yang diturunkan kepadaku, ayat tersebut amat aku sukai lebih daripada seluruh isi dunia.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3341,Bab Perjanjian Hudaibiah Di Tempat Yang Bernama Hudaibiah)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Jundab bin Sufian r.a katanya:
Aku pernah menyaksikan sembelihan korban sewaktu bersama Rasulullah s.a.w sebelum mendirikan sembahyang dan apabila selesai sembahyang dengan memberi salam, baginda mendapati daging korban telah disembelih sebelum selesai mendirikan sembahyang. Baginda bersabda: Sesiapa yang telah menyembelih korbannya sebelum dia mendirikan sembahyang atau kami sembahyang, dia hendaklah menyembelih yang lain sebagai gantinya. Manakala sesiapa yang belum melakukan sembelihan, dia hendaklah menyembelih dengan menyebut nama Allah.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3621,Bab Waktu Korban)
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Hadis Al-Bara' r.a katanya:
Bapa saudaraku (sebelah emak) Abu Burdah telah menyembelih korban sebelum sembahyang (Hari Raya). Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kambing itu hanya menjadi daging sahaja (tidak menjadi korban dan tidak ada pahalanya). Beliau berkata: Wahai Rasulullah, aku mempunyai anak kambing yang masih muda (berumur enam bulan hingga setahun). Rasulullah s.a.w bersabda: Sembelihlah ia, tetapi bagi selainmu tidak boleh (tidak sah). Baginda bersabda lagi: Sesiapa yang menyembelih korban sebelum sembahyang, dia menyembelih hanya untuk dirinya sendiri dan sesiapa menyembelih sesudah sembahyang, sempurnalah ibadat korbannya dan menepati sunnah kaum Muslimin.
(Nombor hadith dalam Sahih Muslim : #3624,KITAB KORBAN)
No comments:
Post a Comment