Search This Blog

Pages

July 1, 2012

Zuhud


 

Hadis 31

Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW seraya berkata:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.”

(Riwayat Ibn Majah no. 4102 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)

Hadith 31

On the authority of Abu al-'Abbas Sahl bin Sa'd al-Sa'idi, radiyallahu 'anhu, who said:

A man came to the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, and said: "O Messenger of Allah, direct me to an act which if I do it, [will cause] Allah to love me and people to love me." He, sallallahu 'alayhi wasallam, answered: "Be indifferent to the world and Allah will love you; be indifferent to what people possess and they will love you."

[A fine hadith related by Ibn Majah and others with good chains of authorities]


Pengajaran Hadis:

(1) Hadis ini menerangkan suatu sifat penting yang harus ada pada diri setiap mukmin iaitu sifat zuhud.


(2) Dari segi bahasa zuhud/zahid ialah berpaling daripada sesuatu atau tidak mengkehendaki kepada sesuatu kerana tiada mutu atau nilainya.

(3) Dari segi syarak zuhud/zahid ialah mengambil sekadar yang perlu daripada sesuatu yang diyakini halalnya.

(4) Warak pula bererti tidak mahu mengambil atau menggunakan sesuatu yang syubhah (yang kesamaran hukumnya) kerana ditakuti jatuh kepada yang haram.

(5) Zuhud terhadap dunia mempunyai banyak pengertian di kalangan ulama tasauf antaranya ialah membenci, berpaling, meninggalkan dan menjauhkan diri dari kemewahan dunia serta mengosongkan hati dari mengingati perkara dunia.

(6) Zuhud terhadap apa yang dimiliki manusia, bererti menjauhkan diri dari merasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh manusia serta mengosongkan hati dari mengingati harta milik orang. lni bukan bererti membenci sehingga suka agar kesenangan orang lain hilang kerana itu hasad dengki yang amat dilarang.

(7) Zuhud sebenar bukan bererti meninggalkan dunia atau langsung tidak berharta. Zuhud sejati ialah tidak menjadikan dunia dan kemewahan hidup sebagai matlamat hidup, walaupun kekayaannya memenuhi dunia seumpama yang terjadi pada jutawan zaman Rasulullah SAW seperti Abdul Rahman ibn 'Auf, kerana matlamat hidup seorang mukmin ialah Allah dan keredhaanNya, bukan benda-benda selainNya.

(8) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang zuhud dariapda segala kesenangan dunia menjadikan hatinya lapang di dunia dan di akhirat. Sedangkan orang yang mencintai dunia hatinya menjadi resah di dunia dan di akhirat.”

(9) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik negeri adalah dunia bagi mereka yang berbekal daripadanya untuk akhiratnya hingga reda Tuhannya, dan sejahat-jahat negeri bagi mereka yang menghalangi daripada akhiratnya dan memundurkan dia daripada keredhaan Tuhannya. Dan apabila seorang hamba berkata: ‘Semoga Allah burukkan dunia’, maka berkatalah dunia kepadanya: ‘Allah burukkan dia kerana dialah yang derhakakan kami kepada Tuhannya.”

(10) Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kemuliaan seseorang ialah berdiri pada waktu malam (untuk solat) dan kehormatanya ialah terkaya (tidak bergantung) daripada manusia.”


(11) Saidina Ali k.w.h berkata: “Dunia ini adalah negeri benar bagi orang yang benar padanya, negeri balasan bagi orang yang memahaminya dan negeri kekayaan bagi orang yang menyediakan bekalan-bekalan dariapadanya.”
(Riwayat Abdul Jabar bin Wahab)

No comments:

Post a Comment