Search This Blog

Pages

July 1, 2012

Dakwah dan Bidaah




Hadis 28

Daripada Abu Najih al-Irbad bin Sariah r.a berkata:

Maksudnya: Rasulullah SAW menasihati kita dengan nasihat perpisahan yang menggetarkan hati dan membuatkan air mata jatuh bercucuran. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat yang terakhir, oleh itu berilah kami wasiat.” Nabi SAW bersabda: “Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertakwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, mendengar dan taat walaupun yang mempertahankanmu adalah seorang hamba. Sesungguhnya, sesiapa antara kamu masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. Kerana itu, berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin yang lurus. Dan berpeganglah kepada sunnah-sunnah itu dengan kuat dan jauhilah olehmu akan hal-hal abharu yang diada-adakan (bidaah) kerana sesungguhnya semua bidaah itu sesat.                  

( Riwayat Abu Daud no. 4607 dan al-Tirmizi no. 2678)


It was narrated on the authority of Abu Najih al-Irbad bin Sariyah, radiyallahu 'anhu, who said:

The Messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, delivered an admonition that made our hearts fearful and our eyes tearful. We said, "O Messenger of Allah, it is as if this were a farewell sermon, so advise us." He said, "I enjoin you to have Taqwa of Allah and that you listen and obey, even if a slave is made a ruler over you. He among you who lives long enough will see many differences. So for you is to observe my Sunnah and the Sunnah of the rightly-principled and rightly-guided successors, holding on to them with your molar teeth. Beware of newly-introduced matters, for every innovation (bid'ah) is an error."


[Abu Dawud & Al-Tirmidhi, who says it is an authentic hadith]
Pelajaran:

1.     Nasihat Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam berbekas dengan dalam dari dalam jiwa para shahabat. Hal tersebut merupakan tauladan bagi para da’i di jalan Allah ta’ala dalam menyampaikan dakwah serta nasihat.

2.     Taqwa merupakan yang paling penting untuk disampaikan seorang muslim kepada muslim lainnya, kemudian mendengar dan ta’at kepada pemerintah selama tidak terdapat didalamnya maksiat.

3.     Keharusan untuk berpegang teguh terhadap sunnah Nabi dan sunnah Khulafa al-Rasyidin, kerana didalamnya terdapat kemenangan dan kejayaan, khususnya tatkala banyak terjadi perbezaan dan perpecahan.

4.     Hadits ini menunjukkan tentang sunnahnya memberikan wasiat saat berpisah karena di dalamnya terdapat kebaikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

5.     Larangan untuk melakukan hal yang baru dalam agama (bid’ah) yang tidak memiliki landasan dalam agama.

6.         Bidaah dari segi syarak adalah sesuatu yang diada-adakan dalam perintah agama yang bersalahan dengan perintah Allah dan dalil syarak sama ada yang khas atau yang umum. Ia adalah dicela dan inilah dimaksudkan dengan, “Setiap bidaah itu sesat”

7.         Bidaah dari segi bahasa adalah sesuatu yang dicipta dengan tidak ada contoh yang terdahulu. Sebahagian sahabat memandang baik beberapa perkara bidaah contohnya kata-kata Sayidina Umar r.a ketika mengumpul orang ramai untuk bersolat tarawikh pada bulan Ramadhan mengikut seorang imam di masjid “Ini adalah sebaik-baik ibadah.”
Diriwayatkan oleh Ubai bin Kaab beliau telah berkata kepada Sayidina Umar r.a “Ini tidak perbah berlaku. “Umar r.a menjawab, “Sesungguhnya aku mengetahuinya tetapi ia adalah sesuatu yang baik.

8.         Imam Syafie mengatakan bahawa bidaah terbahagi kepada 2 iaitu biadah yang dipuji dan bidaah yang dikeji. Perkara yang baru (al-Muhdasat) yang menyalahi kitab, sunnah, athar dan ijmak maka ia adalah sesat. Manakala yang tidak menyalahi kitab, sunnah, athar dan ijmak adalah yang baik dan tidak dikeji. (Bidaah Hasanah)

No comments:

Post a Comment