2015. Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Seluar diharuskan kepada orang yang tidak memiliki kain dan sarung kaki iaitu khuf diharuskan kepada orang yang tidak memiliki selipar. Kesemuanya itu adalah dimaksudkan bagi orang yang berihram.
2017. Hadis Ya'la bin Umaiyyah r.a katanya: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w ketika baginda berada di Ja'ranah dengan memakai jubah yang disapu minyak wangi atau dikatakan terdapat kesan kuning minyak wangi. Lalu dia bertanya: Apakah yang engkau ingin perintahkan kepadaku berhubung dengan ibadat Umrah? Pertanyaan itu tidak diperhatikan kerana waktu itu kebetulan baginda sedang menerima wahyu dan ditabiri dengan kain. Ya'la berkata: Betapa gembiranya aku kerana dapat menyaksikan Rasulullah s.a.w sedang menerima wahyu. Umar berkata: Jadi kamu suka dapat menyaksikan Rasulullah s.a.w sedang menerima wahyu?. Ketika itu Umar mengangkat hujung kain yang menutupi Rasulullah s.a.w, ternyata Rasulullah s.a.w seperti orang yang sedang tidur berdengkur. Seketika kemudian baginda terjaga lalu bertanya: Di mana orang yang bertanya tentang Umrah tadi? Bersihkan dirimu dari kesan kuning minyak wangi yang kamu pakai itu dan bukalah jubahmu. Lakukanlah Umrah kamu sebagaimana kamu mengerjakan fardu Haji.

No comments:
Post a Comment